Thursday, December 26, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cape Town meraikan perarakan ‘Tweede Nuwe Jaar’

    AFRIKA SELATAN – Dianggarkan beribu-ribu penduduk Afrika Selatan memenuhi jalan-jalan di ibu kota Cape Town baru-baru ini untuk menyaksikan perarakan besar-besaran yang berwarna-warni, perarakan tradisional negara ‘Tweede Nuwe Jaar’ dan diserikan dengan pelbagai jenis persembahan budaya dan juga muzik tradisional.

    “Perarakan ini sudah sebati dalam kehidupan saya dan ini adalah budaya dan warisan kami,” kata Nazzem Simons dari bandar Manenberg. Nazzem kelihatan memakai pakaian hitam dan emas yang menakjubkan dengan bunga mawar di kawasan bahunya.

    Bekerja sebagai seorang penyelia di sebuah syarikat elektrik, Simons telah mengambil bahagian dalam perarakan itu selama 40 tahun iaitu ketika ia berusia lima tahun dan sejak itu, dia tidak pernah ketinggalan untuk mengikuti perarakan itu setiap tahun.

    “Ia adalah warisan kita, kita dilahirkan bersama warisan ini,” tambah Simons yang juga merupakan kapten Baruch Entertainers kepada wartawan AFP.

    Manakala bagi Maud Coote, dia telah bangun awal dan telah bergerak dari kampungnya yang terletak di Bonteheuwei, kawasan timur dari ibu kota Cape Town untuk menyaksikan perarakan ini dan kemudian, Maud telah mula menguli satu adunan untuk membuat roti besar berwarna kuning manis kemudian dibakar untuk bekalan setiap peserta perarakan.

    Perarakan ini telah dapat bertahan dalam era penghapusan secara paksa yang mana telah merosakkan hubungan masyarakat. – AFP

    Kemudian, Maud mengemas segala irisan roti di dalam bekas plastik dan menyimpannya.

    Selain itu, rakan Maud yang bernama Frances Jones, iaitu seorang pekerja kilang Buccaneer Shoes bertanggungjawab dalam menyediakan jem aprikot, yang akan digabungkan bersama roti berkenaan dan dimakan sambil menikmati pemandangan perarakan tersebut di kawasan perhentian bas MyCiti.

    Persediaan perarakan

    Manakala, bagi Diana Stevens dan juga rakannya, Nadeema Khan, mereka tidur di kawasan kaki lima selama lima hari hanya kerana untuk menempah kawasan yang strategik untuk melihat perarakan itu dengan lebih dekat.

    Diana dan Nadeema duduk di atas bangku plastik di bawah sebuah gazebo manakala kanak-kanak pula ditidurkan di atas katil besar yang diperbuat daripada lapisan duvet.

    Kemudian seorang ibu bersama adiknya sedang sibuk mengawasi kawasan gazebo dan mengambil alih tanggungjawab mereka untuk menjaga anak-anak mereka. “Saya membesar dengan warisan ini, oleh itu, kami tidak akan terlepas apa-apa yang merugikan ketika melihat perarakan ini,” kata salah seorang kanak-kanak itu, Zaine Hess bersama dengan ibu saudaranya.

    Zaine cuba mengingati kembali semasa kali pertama dia menyaksikan perarakan itu di mana dia akan mula berpakaian yang menakjubkan kemudian berjalan bersama neneknya, Ibrahim Hess.

    Kini gilirannya untuk meneruskan tradisi itu di mana Hess sering kali menanti-nantikan untuk mendengar lagu kegemarannya ‘Rosa’ dimainkan semasa perarakan itu dan matanya akan sentiasa berkaca setiap kali mendengar lagu itu kerana ia adalah sebuah lagu semua orang tahu dan menyukainya.

    Lewis dari Bo-Kaap adalah salah seorang pemain minstrels, menuju ke kawasan jalan perarakan dan menelusuri kawasan penduduk yang berhenti dan bermalam di kawasan perarakan itu dengan perasaan gembira.

    Perarakan itu bermula di sebuah kawasan Istana yang dipanggil sebagai ‘Castle of Good Hope’, juga merupakan pejabat rasmi Parade Street Town. – AFP

    Pakaian berwarna-warni

    Bagi Michka-eel, Zaironiesa dan Zara serta Mumtaz, mereka memakai pakaian berwarna biru, kuning dan juga putih untuk menyerikan lagi persembahan perarakan itu.

    Dengan alat tamborin yang diletak di bawah lengannya, Michkaeel telah berjaya menyampaikan satu tradisi warisan keluarga khususnya kepada gadis-gadis muda.

    Menurut Kallie Calitz, pengurus Western Cape untuk Acara Khas Bhejane, lebih dari 600 pegawai keselamatan sedang diarahkan untuk mengawasi sepanjang jalan perarakan tersebut manakala pihak polis dan agensi penguatkuasaan undang-undang pula sentiasa memerhati dan menonton tindak tanduk penduduk yang mencurigakan serta untuk memastikan keselamatan di kawasan lapang dan sebagainya.

    Isu mengenai keselamatan dan struktur lain juga akan dipantau sepanjang hari dan permit vendor juga akan sentiasa diperiksa.

    Joseph Horn of Athlone, melakukan perdagangan dengan menjual pelbagai jenis topi dengan harga yang murah untuk orang ramai dan Ishamil Brins pula menjual pelbagai jenis buah masam untuk menceriakan lagi cita rasa orang ramai yang berkunjung untuk menyaksikan perarakan itu.

    Dianggarkan kira-kira 50 pegawai paramedik dan ambulans juga bersedia untuk membantu jika terdapat sebarang masalah perubatan yang mungkin terjadi.

    Perarakan itu bermula di sebuah kawasan Istana yang dipanggil sebagai ‘Castle of Good Hope’, juga merupakan pejabat rasmi Parade Street Town dan Jonathan Cupido berkata bahawa dianggarkan beribu-ribu tentera akan mengambil bahagian dalam acara tersebut yang mana cuba untuk mengimbau kembali sejarah kawasan berkenaan dengan kesedihan dan juga kegembiraan.

    Perarakan itu bermula selepas zaman hamba abadi berakhir dan telah dibebaskan. Perarakan ini telah dapat bertahan dalam era penghapusan secara paksa yang mana telah merosakkan hubungan masyarakat.

    Malah sejak beberapa tahun ini, pesta perarakan tersebut sering mengalami pertempuran dalam kalangan penganjur yang mengancam untuk menggagalkan perarakan ini. “Kami hanya meraikan apa yang ditinggalkan oleh nenek moyang kami dan cuba mengekalkannya selama mana yang kami mampu pertahankan,” kata Jonathan Cupido mengakhiri temu ramah bersama media. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda