Saturday, February 8, 2025
26.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Caprice dikritik warganet atas tindakan boikot

    Baru-baru ini, hangat diperkatakan dalam internet tentang tindakan ahli politik Sweden membakar nashkah Al-Quran dan perkara itu menaikkan kemarahan ramai umat Islam di seluruh dunia.

    Ramai rakyat Malaysia turut mengajak untuk memboikot produk dan jenama yang berasal dari negara tersebut terutamanya yang terkenal seperti Ikea dan H&M.

    Penyanyi rap, Caprice yang berang dengan tindakan ahli politik Sweden tersebut turut meluahkan perasaan marah dan mengajak orang Malaysia untuk memboikot.

    Namun, cara Caprice menunjukkan kemarahan itu menjadi perhatian dan mengundang kritikan ramai warganet yang menonton video dimuat naik olehnya dalam TikTok.

    Menerusi klip pendek berkenaan, Caprice bercakap dengan nada marah dan mengajak warganet untuk boikot jenama H&M sambil menggunting kemeja T berwarna putih dari kedai tersebut.

    Rata-rata pengguna Twitter menyindir Caprice mahu memboikot tetapi dengan cara yang salah kerana menggunting baju dibeli sendiri.

    Kata mereka sepatutnya kalau mahu memboikot adalah dengan tidak membeli apa-apa barangan daripada sesuatu jenama tersebut, bukan dengan membazir sebegitu.

    Segelintir individu memerli Caprice kerana tidak berbuat perkara yang sama kepada barangan daripada Balenciaga ketika jenama itu terbabit dengan isu pornografi kanak-kanak sebelum ini. – Agensi

    Caprice terima kritikan warganet atas tindakannya yang dikatakan kurang cerdik kerana memboikot jenama yang sudah dibelinya. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda