Wednesday, February 12, 2025
22.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Caprice mohon maaf kepada SM Faisal

    Kes saman fitnah dikemukakan oleh ahli perniagaan Datuk SM Faisal Nasimuddin Kamal terhadap penyanyi rap, Caprice akhirnya diselesaikan secara baik di luar mahkamah.

    Tampil membuat permohonan maaf, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 35, kesal kerana memuat naik hantaran mengenai isu rumah tangga usahawan berkenaan di laman sosial miliknya, kongsi mStar.

    “Saya dan Datuk Wira SM Faisal Tan Sri SM Nasimuddin Kamal telah menyelesaikan secara baik pertikaian antara kami melalui perbincangan yang dibuat di luar mahkamah.

    “Saya kesal dengan peristiwa yang membawa kepada hantaran saya di Instagram bertarikh 28 Jun 2022, saya telah dimaklumkan tentang kes berkenaan secara salah.

    “Saya juga telah memohon maaf kepada SM Faisal untuk perkara ini,” katanya.

    Caprice berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya hari ini.

    Dalam posting berlainan, Caprice turut memuat naik hantaran memaparkan foto bekas isteri Faisal iaitu Emelia Hanafi yang menunjukkan kesan lebam pada tangannya.

    Menerusi kapsyen, Caprice meminta wanita itu agar memberi kerjasama sekiranya mahu meminta pertolongan daripada orang lain. – Agensi

    Caprice mohon maaf pada SM Faisal. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda