Tuesday, July 2, 2024
28 C
Brunei

    -

    Caprice mula faham erti rezeki anak

    Kehidupan penyanyi yang juga aktivis sosial Malaysia, Caprice, banyak berubah setelah kehadiran cahaya mata pertamanya.

    Memetik laporan mStar, Caprice atau Ariz Ramli, 36, berpendapat segala penat lelah bekerja hilang tatkala beliau dapat meluangkan masa bersama anak lelakinya, Airiel Qashaf yang kini berusia tiga bulan.

    Bahkan beliau juga mula faham akan nikmat cahaya mata sekaligus menepis pandangan tentang gaya hidup ‘childfree’ yang kini sedang hangat diperkatakan.

    “Dapat sahaja bau si kecil ini segala masalah dalam dunia hilang dan saya hanya fikirkan tentang mahu meluangkan masa bersama anak.

    “Tengah kecoh di sosial media fasal trend kahwin tapi tak mahu ada anak. Jujur, anak itu adalah rezeki.

    “Sebelum ada anak selalu dengar benda ini, selepas ada anak baru faham maksud,” katanya.

    Caprice menulis luahan tersebut di Instagram miliknya pada satu video yang memperlihatkan anak kecilnya itu sedang berbaring di atas katil.

    Bukan itu sahaja, memulakan kehidupan sebagai seorang bapa juga memberi kesedaran buat Caprice tentang gaya hidup seimbang.

    Malah beliau juga mengakui mendapat ketenangan dan tidak lagi bergantung kepada ubat untuk tidur malam.

    “Sebelum ada anak hidup saya sangat sibuk, tiada masa nak bertenang. Dulu pun bergantung kepada ubat tidur.

    “Sejak ada anak saya mula mendapatkan keseimbangan. Dialah ubat tidur saya,” ujarnya.

    Untuk rekod, Caprice mendirikan rumah tangga dengan Fara Inalis pada November 2022 dan mereka dikurniakan cahaya mata pada Mac lalu.

    Fara juga memiliki seorang anak perempuan hasil perkahwinan terdahulu. – Agensi

    Caprice kini temui keseimbangan dalam hidup. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jangka hayat Australia menurun buat kali pertama

    CANBERRA, 2 JULAI - Jangka hayat Australia turun buat kali pertama dalam hampir 30 tahun semasa pandemik COVID-19, dedah satu laporan kerajaan. Institut Kesihatan dan...