Capt Fred dibuka di Kuala Belait

Oleh Daniel Lim

BELAIT, 30 OGOS – Capt Fred Fishing and Marine Supply kelmarin membuka cawangan baharu mereka di Bangunan Pengiran Haji Halus Pengiran Haji Abdul Wahab di Jalan Sungai Pandan 7 Kuala Belait, yang merupakan cawangan ketujuhnya di negara ini.

Hadir merasmikan pembukaan kedai baharu itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif, Alfred Yong yang dalam ucapan ringkasnya melahirkan kegembiraan atas sambutan orang ramai ke atas pembukaan kedai itu.

Menurutnya lagi, kedai di Daerah Belait akan melengkapkan peminat sukan memancing dengan pelbagai barangan termasuk joran, mata kail, lures dan sebagainya yang penting bagi menangkap ikan untuk penduduk di sana.

“Kami juga menawarkan peralatan elektronik marin seperti Fishfinders, Chartplotters dan GPS, selain kayak dan bot kecil yang sesuai untuk memancing.”

Memandangkan hampir kesemua kedainya sebelum ini terletak di Daerah Brunei dan Muara, pembukaan cawangan pertamanya di Belait bukan sahaja dijangka memenuhi permintaan pelanggan di sana malah kepada masyarakat dan daerah berhampiran.

Capt Fred Fishing and Marine Supply merupakan pembekal barangan terbesar memancing dan marin di negara ini yang bermula sebagai kedai kecil namun semenjak itu mengembangluaskan dan memimpin pasaran di negara ini.

Alfred Yong menunjukkan pelbagai produk yang dijual di kedai berkenaan semasa hari pembukannya di Daerah Belait.