Friday, September 20, 2024
29.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    CAR luluskan undang-undang penggunaan mata wang digital

    BANGUI, 30 MEI – Republik Afrika Tengah (CAR) telah meluluskan undang-undang yang membenarkan pelaburan asing dalam mata wang kripto, selepas tahun lalu mengguna pakai Bitcoin dan mata wang digitalnya sendiri, Sango sebagai tender yang sah.

    Satu rang undang-undang telah sebulat suara diluluskan, presiden Dewan Negara, Simplice Mathieu Sarandji mengumumkan kelmarin.

    Undang-undang itu datang selepas CAR, salah satu negara termiskin di dunia, tiba-tiba mengumumkan pada April 2022 bahawa ia telah menggunakan Bitcoin sebagai mata wang sah.

    Tiga bulan kemudian, CAR mendedahkan rancangan untuk melancarkan mata wang digitalnya sendiri, Sango.

    Pengumuman itu mencetuskan kekeliruan dalam kalangan penganalisis, memandangkan kemiskinan tegar berleluasa dan kekurangan infrastruktur di negara di mana hanya satu daripada tujuh orang mempunyai akses kepada bekalan elektrik utama. – AFP

    CAR telah mengumumkan pada April 2022 bahawa ia telah menggunakan Bitcoin sebagai mata wang sah. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda