Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cara asli membuat ikatan snell

    Oleh Raz AS –

    Ikatan snell tradisional merupakan salah satu teknik ikatan yang digunakan untuk menghubungkan tali pancing dengan mata kail. Terdapat pelbagai versi yang ada pada teknik ikatan snell antaranya adalah ikatan snell versi Uni yang jauh lebih senang untuk dipelajari.

    Namun tidak salah bagi seseorang pemancing itu untuk terus menimba ilmu dengan mempelajari pelbagai teknik ikatan meski jarang digunakan di kemudian hari.

    Tambahan lagi, ikatan snell versi tradisional ini menjanjikan kekuatan ikatan yang sangat boleh dipercayai.

    Langkah-langkah untuk mengikat ikatan snell tradisional adalah seperti demikian;
    Pertama sekali, masukkan hujung tali ke dalam lubang mata kail dari arah depan lubang mata kail sebanyak dua kali sehingga menghasilkan bulatan.

    Tahan hujung tali tersebut bersama-sama dengan batang mata kail menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, kemudian lilitkan lingkaran bulatan tersebut ke batang mata kail bersama-sama dengan hujung tali tadi kira-kira sebanyak tujuh atau lapan kali.

    Sebagai langkah terakhir, basahkan ikatan dengan air kemudian tarik tali pohon bagi mengencangkan ikatan dan potongkan lebihan hujung tali untuk mengemaskannya.

    Untuk teknik ikatan ini adalah disarankan untuk menggunakan tali halus daripada jenis monofilament atau fluorocarbon.

    Langkah-langkah untuk mengikat ikatan Snell dapat diikuti dalam gambaran rajah tersebut. – GAMBAR OLEH FISHING.ORG
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda