Cara efektif kurang tarikan merokok

BANGKOK, 10 SEPT – Thailand mengeluarkan bungkusan kotak rokok biasa hari ini, negara pertama di Asia yang memperkenalkan apa yang dikatakan oleh aktivis satu cara efektif untuk mengurangkan tarikan merokok.

Pada 2012, Australia menjadi negara pertama yang mewajibkan produk rokok dijual tanpa logo jenama berwarna.

Sejak itu, beberapa negara Eropah telah menyusuli, termasuk Perancis, Hungary dan United Kingdom.

Thailand bersetuju pada tahun lalu untuk mematuhi garis panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia, dan kotak rokok tersebut didapati secara rasminya di kedai hari ini. Perniagaan diberi sehingga 8 Disember untuk mengeluarkan stok sebelum menghadapi denda sehingga 40,000 baht.

Pembungkusan kotak standard termasuk gambar grafik kesan tembakau ke atas tubuh badan manusia dan nama jenama tanpa logo ditulis dalam fon biasa.

Mengekalkan keseragaman muka taip di bawah gambar grafik penyakit berkaitan dengan merokok akan menjadikan produk kurang menarik kepada pembeli, kata Prakit Vathesatogkit, naib pengerusi NGO Gabungan Kawalan Tembakau Asia Tenggara.

“Untuk orang bukan perokok, untuk kanak-kanak, mereka tidak mungkin mula merokok,” beritahu Prakit, yang terbabit dalam usaha sokongan, kepada AFP. – AFP