KUALA LUMPUR – Bagi pemancing yang sering menghadapi masalah umpan dicuri oleh ikan gelama dan ikan duri di pesisir pantai Malaysia, terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah ini dan menangkap spesies ikan permukaan yang lebih lazat.
TUMPU KAWASAN BERBATU
Lupakan pantai berpasir – zon sasaran awda ialah kawasan berbatu, benteng penahan ombak, jeti atau halangan ombak yang menawarkan peluang lebih baik untuk menangkap ikan permukaan.
Senjata rahsia awda ialah roti! Pemancing boleh menaburkan kepingan roti di atas air semasa air pasang untuk menarik perhatian ikan.
Sekiranya ikan mula mengerumuni permukaan air, itu menandakan kawasan tersebut adalah lokasi yang baik untuk memancing.
PENGGUNAAN PELAMPUNG
Untuk mengelakkan umpan daripada disambar oleh ikan gelama dan ikan duri, pemancing disarankan menggunakan pelampung yang memastikan umpan berada tepat di bawah permukaan air.
Ini adalah zon makan yang jarang didekati oleh ikan dasar seperti gelama dan duri.
Dengan penggunaan pelampung, pemancing berpeluang menangkap spesies ikan permukaan seperti rabbitfish, ikan ketarap, ikan belanak, ikan todak dan lain-lain.
PERALATAN MEMANCING YANG SESUAI
Pemilihan pelampung yang sesuai amat penting. Bagi pemula, pelampung merah dan putih merupakan pilihan yang baik, manakala pelampung jenis batang atau pensil menawarkan kepekaan yang lebih baik.
Pemancing dinasihatkan memilih pelampung yang paling ringan dan sesuai dengan berat umpan.
Joran ringan sepanjang 3 meter juga disyorkan untuk memberikan leverage yang mencukupi, bersama pemberat kecil di bawah pelampung untuk menahan angin dan arus.
KESELAMATAN
Penting untuk diingat bahawa beberapa spesies seperti rabbitfish dan ikan ketarap mempunyai duri beracun pada sirip dorsal dan duburnya.
Walaupun tidak membawa maut, racun ini boleh menyebabkan kesakitan yang teramat sangat. Pemancing dinasihatkan untuk membawa kain lap bagi pengendalian ikan yang lebih selamat. – ANN/The Star