Friday, April 18, 2025
30.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cara guna jumper kereta dengan betul

    Pelajari cara guna jumper kereta dengan betul ketika bateri kereta ‘kong’. Dalam panduan dari Carlist.My di bawah ini, cara jumper kereta guna bateri akan diterangkan dengan betul dan teliti.

    KENAPA BATERI KERETA HABIS?

    Bateri kereta mati disebabkan pelbagai faktor, termasuk:

    • Penggunaan lampu atau aksesori yang berpanjangan: Membiarkan lampu, radio, menyala tanpa enjin hidup boleh mengakibatkan bateri kereta habis.

    • Bateri lama: Bateri kereta mempunyai jangka hayat tertentu dan perlu diganti setelah beberapa tahun.

    • Sambungan yang lemah: Suhu yang panas atau persekitaran lembab boleh menyebabkan sambungan bateri menjadi longgar.

    PEPERSEDIAAN SEBELUM JUMPER

    Sebelum awda mula jumper kereta, pastikan awda mempunyai:

    Bagi pemasangan bateri baharu, pasangkan wayar terminal positif dahulu diikuti negatif. – Freepik

    • Kabel jumper: Pilih kabel jumper yang berkualiti dengan penebat yang baik.
    • Kereta dengan bateri yang berfungsi: Pastikan kereta itu dalam keadaan baik dan boleh dihidupkan.

    CARA JUMPER KERETA YANG BETUL

    Berikut adalah langkah-langkah cara jumper kereta yang betul:

    1. Letakkan kereta sokongan berdekatan: Parkir kereta sokongan berdekatan dengan kereta yang mempunyai bateri mati, tetapi jangan biarkan kereta bersentuhan.

    2. Matikan enjin kedua-dua kereta: Pastikan kedua-dua kereta dimatikan sebelum menyambungkan kabel.

    3. Sambungkan kabel jumper:

    • Kabel merah (Positif): Sambungkan satu hujung kabel merah ke terminal positif (+) bateri yang mati dan hujung satu lagi ke terminal positif (+) bateri yang berfungsi.

    • Kabel hitam (Negatif): Sambungkan satu hujung kabel hitam ke terminal negatif (−) bateri yang berfungsi dan hujung satu lagi ke permukaan logam yang tidak dicat (seperti kerangka enjin) pada kereta yang mati. Itu mengurangkan risiko percikan api.

    4. Hidupkan enjin kereta sokongan: Nyalakan enjin kereta yang berfungsi dan biarkan selama beberapa minit untuk mengecas bateri yang mati.

    5. Cuba hidupkan kereta yang mati: Setelah beberapa minit, cuba hidupkan kereta yang baterinya mati. Jika ia berjaya, biarkan enjin berjalan selama 15 hingga 20 minit.

    6. Lepaskan kabel: Lepaskan kabel dalam urutan terbalik: Mula dengan kabel hitam dari kereta yang mati, kemudian kabel hitam dari kereta yang berfungsi, diikuti oleh kabel merah dari kereta yang berfungsi dan akhir sekali kabel merah dari kereta yang mati.

    TIPS KESELAMATAN

    • Sentiasa pakai sarung tangan dan pelindung mata semasa bekerja dengan bateri.

    • Pastikan tidak ada sumber api berhampiran semasa melakukan proses jumper.

    • Jika bateri kereta awda sering mati, pertimbangkan untuk menggantinya dengan yang baharu.

    Memahami cara jumper kereta yang betul adalah kemahiran penting bagi setiap pemandu.

    Dengan mengikuti langkah-langkah di atas, awda boleh mengatasi masalah bateri kereta mati dengan lebih berkesan.

    Sentiasa pastikan awda melakukan langkah-langkah keselamatan untuk mengelakkan sebarang kemalangan semasa proses itu. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda