Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cara guna SP, HB tidak jauh berbeza

    Oleh Raz AS –

    Umpan tiruan atau lure merupakan peralatan yang sangat mujarab bagi menggantikan umpan konvensional untuk memikat pelbagai spesies ikan daripada yang bersaiz kecil hinggalah yang bersaiz besar.

    Berbanding menggunakan umpan konvensional, hidup atau mati, yang memerlukan persediaan awal daripada pemancing sama ada menangkap, membeli, membuat dan sebagainya, umpan tiruan sentiasa sedia ada di dalam kotak pancing untuk digunakan bila-bila masa.

    Tidak kiralah daripada jenis berbadan keras (HB) atau jenis softplastic (SP), setiap lure ini mempunyai kelebihannya yang tersendiri yang masing-masing sesuai digunakan mengikut keadaannya.

    Lure HB selalunya direka untuk mempunyai gaya renangan dan kedalaman selaman yang khusus mengikut reka bentuknya, manakala lure SP pula boleh digunakan pada pelbagai tahap kedalaman mengikut berat jighead dengan aksi mengikut kreativiti.

    Ini semua terbuka untuk diterokai dan dicuba sendiri oleh si pemancing.

    Umpan tiruan atau lure merupakan peralatan yang sangat mujarab bagi menggantikan umpan konvensional. – GAMBAR OLEH KANALGRATISDOTSE
    Umpan tiruan sentiasa sedia ada untuk digunakan bila-bila masa. – GAMBAR OLEH KANALGRATISDOTSE

    Meskipun begitu, secara asasnya teknik penggayaan bagi kebanyakan jenis lure adalah tidak jauh berbeza, antaranya yang biasa digunakan oleh kebanyakan pemancing adalah;

    1. STRAIGHT RETRIEVE

    Teknik paling asas dan senang untuk menggayakan lure adalah dengan menggunakan teknik straight retrieve. Pemancing hanya lontar umpan dan gulung tali tanpa henti. Teknik ini sangat berkesan untuk memikat ikan yang sedang aktif. Kelajuan gulungan tali boleh dibuat dengan perlahan atau cepat mengikut selera dan keaktifan ikan mengejar mangsa pada ketika itu.

    2. STOP & GO

    Teknik stop & go juga dikenali sebagai teknik yo-yo. Teknik ini memerlukan pemancing untuk membiarkan lure SP mencecah ke dasar sebelum retrieve dimulakan. Untuk itu penggunaan berat jighead yang bersesuaian mengikut kedalaman air dan kelajuan arus sangat diperlukan.

    Setelah umpan mencecah dasar gulung tali dengan kira-kira sebanyak 2-3 kali pusingan reel kemudian berhenti dan biarkan umpan kembali jatuh mencecah ke dasar.

    Sementara bagi jenis HB pula sangat sesuai digunakan untuk daripada jenis floating, di mana lure tersebut akan tenggelam atau mencecah dasar mengikut spesifikasi kedalaman renangannya ketika tali digulung dan perlahan-lahan naik ke atas apabila berhenti beberapa saat.

    Selain itu pemancing juga boleh mengangkat tinggi hujung joran dan menurunkannya kembali sambil melakukan retrieve untuk menegangkan tali.

    3. TWITCHING & JERKING

    Teknik twitching & jerking memerlukan pemancing untuk meng-henjut atau menjentikkan hujung joran.

    Teknik ini boleh dilakukan sama ada di bahagian permukaan air dan dasar untuk menyerupai anak ikan melarikan diri atau anak ikan yang tercedera.

    Teknik ini bukan sahaja membolehkan pemancing untuk meneroka padang pancing dengan cepat namun ia juga sangat berkesan untuk memikat ikan yang sedang aktif.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda