Monday, April 28, 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cara hapus lipas di dalam kereta

    Apa yang perlu anda ketahui bahawa kehadiran lipas adalah disebabkan oleh serpihan-serpihan makanan yang tertinggal di dalam kereta.

    Oleh itu bagi mengelakkan anda diganggu oleh kehadiran lipas, anda perlu menghapuskan lipas-lipas ini daripada terus beranak-pinak di dalam kereta anda. Berikut adalah cara mudah untuk menghalau lipas dari kereta anda;

    Daun Pandan

    Penggunaan daun pandan merupakan salah satu cara yang paling mudah dan berkesan disebabkan baunya yang kuat dan wangi dibenci oleh lipas.

    Caranya adalah dengan cuci dan seterusnya menghiris daun pandan ini bagi mengeluarkan baunya dan kemudian isikan di dalam beg kain yang berjaring halus.

    Selepas langkah-langkah ini, anda boleh menggantung beg kain tersebut di dalam kereta.

    Penggunaan daun pandan merupakan salah satu cara yang paling mudah dan berkesan disebabkan baunya yang kuat dan wangi dibenci oleh lipas. – Gambar hiasan

    Daun Durian Belanda

    Daun durian belanda juga menggunakan cara yang hampir sama seperti daun pandan di atas. Akan tetapi, ianya ternyata lebih berkesan digunakan apabila daunnya telah kering.

    Bagi anda yang meminum teh daun durian belanda, anda boleh cuba meletakkan uncang teh yang telah digunakan tersebut di dalam kereta. Tetapi perlu diingatkan supaya jangan letak buat durasi yang terlampau lama kerana ianya mungkin mengundang serangga lain di kereta anda.

    Semburan Serai Wangi

    Salah satu alternatif semula jadi untuk mengelakkan lipas daripada bersarang di dalam kereta adalah dengan menggunakan semburan serai wangi. Patinya boleh dibuat sendiri dengan air rebusan atau goreng dengan api perlahan. Dengan cara, campurkan sedikit air dan masukkan ke dalam botol penyembur. Selepas itu, semburkan di seluruh kereta, terutamanya pada bahagian karpet.

    Jika anda tidak yakin untuk membuatnya sendiri, terdapat botol semburan wangi yang sudah dijual di pasaran.

    Baking Soda

    Baking soda bukan sahaja merupakan bahan toksik terhadap lipas, tetapi ia juga boleh menyerap bauan sisa makanan yang mengundang lipas ke dalam kereta anda.

    Caranya adalah dengan taburkan selapis baking soda ke atas karpet kereta dan biarkan beberapa hari sebelum anda membersihkannya semula.

    ‘Glue Trap’

    Perangkap gam atau ‘glue trap’ banyak dijual di kedai-kedai dengan harga yang murah. Seeloknya, cari yang berlabel anti-toksik atau semula jadi. Caranya adalah dengan meletakkan perangkap ini pada waktu malam kerana waktu inilah lipas-lipas sedang aktif. Ia perlu digunakan dan ditukar dengan kerap sehinggalah lipas-lipas ini hilang sepenuhnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda