Monday, April 28, 2025
29.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cara membuang kesan calar dengan berkesan

    SATU kesilapan sahaja boleh meninggalkan kesan calar selamanya pada barangan kesayangan anda. Tindakan membuang barangan tersebut bukanlah tindakan yang wajar. Anda boleh membuang kesan calar dengan menggunakan barangan yang boleh dijumpai di rumah.

    Tip berguna yang dikongsikan ini boleh digunakan untuk sebarang permukaan yang calar dan dapat menjadikannya seperti baharu:-

    Permukaan kaca

    Untuk membuang atau meminimakan penampakan kesan calar pada permukaan cermin telefon anda, gunakan langkah berikut;

    – Letakkan sedikit ubat gigi (tanpa kesan pemutih) pada kain putih atau tisu, kemudian gosokkan pada permukaan dengan cara bulatan selama 10 saat. Hilangkan kesan ubat gigi yang tertinggal dengan air.

    – Calitkan sedikit minyak sayuran pada kain mikrofiber atau kain kapas dan gosok perlahan-lahan. Tindakan ini dapat membantu membuang kesan calar secara sementara. Kesan yang sama dapat dicapai dengan penggunaan Vaseline.

    Untuk membuang atau meminimakan penampakan kesan calar pada permukaan cermin telefon anda, anda boleh letakkan sedikit ubat gigi (tanpa kesan pemutih) pada kain putih atau tisu, kemudian gosokkan pada permukaan dengan cara bulatan selama 10 saat. Hilangkan kesan ubat gigi yang tertinggal dengan air.

    – Hasilkan sendiri pes pencuci dengan mencampurkan serbuk penaik biasa dengan air. Letakkan pada permukaan kaca dan lapkan kawasan calar tersebut dengan kain. Buang secara perlahan-lahan pes tersebut dengan kain lembap.

    Barangan kulit

    Kesan calar pada permukaan barangan kulit sering terjadi. Jika kerosakannya tidak begitu serius, anda boleh baiki sendiri di rumah dengan cara berikut;

    – Ambil sedikit minyak sayur atau minyak anak damit dan sapukan pada permukaan dengan kain kapas. Gosok minyak tersebut dengan keadaan memutar, kemudian biarkan sehingga ia kering. Lapkan kesan minyak yang tinggal dengan kain bersih. Jika perlu, ulang proses sama.

    – Penggilat kuku juga boleh digunakan. Pilih warna penggilat yang bersesuaian dengan warna kulit barangan tersebut. Sapukan dengan menggunakan pencungkil gigi.

    – Kesan calar juga boleh dihilangkan dengan wax. Panaskan wax dan letakkan pada permukaan calar. Sapu kawasan yang calar dengan kain flanel, kemudian sapukan wax dengan mewarnakannya dengan marker atau pencuci kasut yang sama warna dengan barang kulit tersebut.

    Permukaan kayu

    Untuk menghilangkan kesan calar pada permukaan kayu, ikuti langkah berikut:

    – Gunakan iodin. Cairkannya dengan air, kemudian letak dan sapukan dengan putik kapas. Jika perlu, gunakan varnis untuk hasil yang lebih berkesan.

    – Pilihan lain termasuklah dengan mengambil biji kacang walnut dan sapukan pada permukaan yang rosak. Bila kesan calar semakin menghilang, sapukan dengan kain dan sapukan dengan varnis tidak berwarna.

    – Jika permukaan kayu merekah, ianya boleh dipulihkan kembali kepada bentuk asal dengan mayones. Letakkan mayones pada kutip kapas, sapukan pada kawasan yang merekah, lebihan dibuang dan tinggalkan selama dua hingga tiga hari. Kayu akan sedikit membengkak yang akan membuatkan kesan rekah tertutup.

    Permukaan plastik

    Di sini terdapat beberapa trik yang dapat membantu menghilangkan kesan calar pada permukaan plastik;

    – Gunakan pengering rambut atau pistol pemanas. Setkan pada kuasa yang minima, kemudian halakan udara panas tersebut pada permukaan yang bercalar. Jika perlu, naikkan suhu sedikit demi sedikit dan anda akan dapat melihat hasilnya. Tunggu 10 hingga 15 minit sebelum menyapu kesan calar tersebut dan hasilnya ternyata terpapar.

    – Pembersih kereta juga berkesan untuk memulihkan barangan plastik. Pastikan kawasan yang rosak tiada habuk atau segala kotoran, dan kemudian letakkan cecair pembersih tersebut. Kemudian sapukan permukaan dengan kain linen lembut.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda