Monday, May 5, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cara mengatasi, hilangkan karat pada besi

    KARAT pada besi boleh terjadi apabila besi tersebut terkena air dan juga terdedah kepada udara serta terik matahari. Ia merupakan hasil oksidasi daripada logam tersebut.

    Bahan-bahan yang mudah karat termasuklah besi campuran ataupun besi yang bukan daripada jenis keluli tahan karat. Karat pada besi boleh membuatkan besi tersebut rapuh, mudah larut, bercampur dengan bahan lain serta beracun sekiranya ada orang yang termakan ataupun terluka akibat terkena besi yang berkarat tersebut.

    Penyakit seperti kancing gigi boleh terjadi diakibatkan oleh pendedahan kepada besi yang berkarat. Anda boleh membuang besi-besi yang mempunyai karat di dalam rumah anda sekiranya anda mahukan persekitaran yang selamat. Namun begitu, pasti ada barang di dalam rumah anda yang telahpun berkarat tetapi ia mempunyai nilai yang tinggi dan berharga bagi anda yang membuatkan anda sayang untuk membuangnya begitu saja.

    Besi-besi yang berada di sekeliling anda boleh menjadi ka-rat sekiranya ia sering terdedah dengan tindak balas oksigen dan juga air. Anda tidak boleh mengelakkan perkara ini daripada terjadi kerana pasti ada besi-besi yang anda tidak dapat simpan di tempat yang terlindung. Jadi, anda boleh mengikuti tip yang diberikan untuk menghilangkan karat pada besi dengan cepat:

    1.Penggunaan cuka putih

    Cuka putih terkenal dengan tahap asiditi yang juga bersifat menghakis. Jadi, cuka yang hanya boleh ditemui di dapur rumah anda mampu membantu untuk menghilangkan karat pada peralatan besi anda. Anda hanya perlu menyiram cuka putih pada bahagian yang berkarat sekiranya permukaan besi tersebut lebar dan juga besar. Seterusnya, anda boleh menggosok bahagian tersebut sehingga karat itu hilang. Anda hanya perlu menuang cuka putih pada bahagian yang berkarat dan lap sehingga kering sekiranya permukaan karat tersebut kecil.

    Asid oksalik boleh menghilangkan karat secara efektif tetapi ia juga perlu dilakukan secara berhati-hati. Bahan-bahan yang berada di dalam asid oksalik boleh membahayakan tubuh badan anda sekiranya anda menyentuh asid ini secara langsung. Gunakan sarung tangan yang tahan serta memakai pakaian pelindung ketika anda menggunakan cara ini.

    2.Penggunaan asid sitrik

    Asid sitrik mempunyai pelbagai kegunaan di dalam kehidupan kita dan anda tidak perlu lagi tercari-cari asid sitrik kerana ia boleh didapati di kedai berhampiran ataupun di dalam talian. Ia juga boleh digunakan untuk menghilangkan karat pada besi sekiranya anda tahu menggunakannya. Campurkan asid sitrik bersama air dan gaul sehingga ia larut bersama air tersebut. Rendam bahagian yang berkarat dan biarkan semalaman. Keringkan besi anda dan gosok bersama span aluminium untuk menghilangkan karat.

    3.Garam dan limau nipis

    Campuran garam bersama limau nipis boleh meningkatkan tahap asiditi di mana ia boleh digunakan untuk menghilangkan karat. Campuran ini lebih berkesan dari ramuan-ramuan yang lain. Caranya ialah dengan mengambil garam dapur secukupnya dan taburkan pada bahagian yang berkarat. Biarkan selama beberapa minit dan tuang air perahan limau nipis di bahagian berkarat. Biarkan selama dua hingga tiga jam dan teruskan dengan menggosok bahagian yang dibiarkan tadi. Jemur sehingga kering dan simpan di tempat yang bersih.

    4.Minuman Coca-Cola

    Selain rasanya yang sedap serta boleh menghilangkan dahaga pada hari yang panas, minuman berkarbonat Coca-Cola juga boleh menghilangkan karat yang terkumpul pada peralatan besi anda. Anda boleh mendapatkannya dengan harga yang amat murah di kedai-kedai runcit berhampiran dan cara ini amat menjimatkan kos. Tuangkan Coca-Cola ke dalam satu mangkuk yang cukup besar untuk memasukkan peralatan anda dan rendamkan peralatan anda selama satu jam. Gosok karat pada besi tersebut dan lap dengan kain yang bersih.

    5.Kertas pasir

    Kertas pasir mempunyai tahap kekasaran sendiri dan kertas pasir yang paling kasar boleh menghilangkan kesan karat pada besi sekiranya dilakukan dengan betul. Ia juga boleh memudahkan proses pembersihan peralatan yang diperbuat daripada logam besi. Anda boleh menggunakan kertas pasir tersebut dengan menggosok permukaan dengan cepat. Semakin cepat anda menggosok, makin cepat karat tersebut akan tanggal. Bilas dengan air bersih serta lap dengan kain sebelum disimpan di tempat yang lebih kering dan selamat.

    Kertas pasir mempunyai tahap kekasaran sendiri dan kertas pasir yang paling kasar boleh menghilangkan kesan karat pada besi sekiranya dilakukan dengan betul. Ia juga boleh memudahkan proses pembersihan peralatan yang diperbuat daripada logam besi.
    Campuran garam bersama limau nipis boleh meningkatkan tahap asiditi di mana ia boleh digunakan untuk menghilangkan karat. Campuran ini lebih berkesan daripada ramuan-ramuan yang lain.

    6.Gabungan ubi kentang dan sabun pencuci pinggan

    Anda boleh menemui ramuan-ramuan untuk menghilangkan karat ini hanya di bahagian dapur rumah anda. Ubi kentang yang merupakan ramuan utama di dalam masakan juga boleh digunakan untuk menghilangkan karat pada peralatan besi yang anda mahu gunakan. Potong ubi kentang tersebut kepada beberapa bahagian dan kisar ataupun tumbuk sehingga lumat sehingga ia menjadi bentuk pes. Seterusnya, campurkan pes bersama sabun pencuci pinggan dan sapukan ke bahagian yang berkarat sebelum disental bersama span aluminium.

    7.Asid oksalik

    Asid oksalik boleh menghilangkan karat secara efektif tetapi ia juga perlu dilakukan secara berhati-hati. Bahan-bahan yang berada di dalam asid oksalik boleh membahayakan tubuh badan anda sekiranya anda menyentuh asid ini secara langsung. Gunakan sarung tangan yang tahan serta memakai pakaian pelindung ketika anda menggunakan cara ini. Campurkan asid oksalik bersama air panas dan kacau sehingga ia larut dan tuang ke bahagian yang berkarat. Tunggu beberapa saat sebelum digosok dengan span aluminium dan lap sehingga kering.

    8.Penggunaan minyak petrol

    Minyak petrol mempunyai elemen-elemen yang bersifat menghakis, jadi anda boleh menggunakan minyak petrol untuk menghilangkan karat pada peralatan besi. Anda hanya perlu merendam besi yang berkarat di dalam minyak petrol tersebut. Biarkan semalaman agar minyak petrol tersebut dapat bertindak bersama peralatan besi dan ke-ringkan peralatan tersebut se-telah diangkat. Kemudian, guna berus besi untuk menggosok bahagian yang berkarat dan bilas sehingga bersih.

    9.Soda penaik dan lemon

    Campuran soda penaik dan juga lemon boleh menghasilkan tindak balas yang membolehkan ia menghakis permukaan yang berkarat dengan efektif. Ia juga boleh membantu untuk menghilangkan karat tersebut dengan pantas. Campurkan soda penaik dan jus perahan lemon sehingga menjadi pes dan usapkan ke bahagian yang berkarat. Biarkan selama 15-20 minit sehingga ia kering. Anda boleh menggunakan lagi pes tersebut sekiranya karat masih boleh dilihat. Gosok dengan span aluminium tanpa dibilas dan jemur sehingga kering.

    10.Penggunaan cecair anti-karat

    Zaman sekarang amat mudah untuk mendapatkan pelbagai perkara yang anda mahukan tanpa perlu bersusah-payah. Jika anda tidak mahu menggunakan bahan-bahan di rumah, anda boleh mendapatkan cecair anti-karat yang dijual di pasar raya ataupun kedai berhampiran. Anda hanya perlu menyembur cecair anti-karat ini ada permukaan yang berkarat dan mengikut arahan yang tertera pada botol cecair tersebut untuk mendapatkan kesan yang terbaik. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda