Jika awda mempunyai kutil, ubat atau rawatan yang berkesan untuk masalah itu kadang kala tidak dijangka seperti menggunakan pita pelekat atau hidrogen peroksida.
Berikut merupakan beberapa rawatan bagi kutil yang boleh dilakukan di rumah:
MINYAK POKOK TEH
Menyapu minyak pokok teh pada kawasan kutil untuk membunuhnya. Ulang beberapa kali sehari sehingga kutil hilang, biasanya dalam beberapa minggu.
Untuk hasil terbaik pastikan kawasan itu ditutup semasa rawatan.
BAWANG PUTIH DAN MINYAK ZAITUN
Bawang putih yang dihiris dan minyak zaitun adalah rahsia dan juga merupakan kunci untuk menghilangkan kutil.


Caranya adalah dengan menggosokkan dengan nipis minyak zaitun pada kutil, kemudian simpan bawang putih yang dihiris, dan tutup dengan pita pelekat.
Kedua-dua bahan pembunuh itu akan menghilangkan kutil dalam masa yang singkat.
PITA PELEKAT
Ia telah lama dinyatakan sebagai fakta boleh membantu menyembuhkan kutil. Ia mungkin kelihatan ganjil, tetapi kajian perubatan telah membuat kesimpulan bahawa apabila pesakit menutup kutil mereka dengan pita pelekat setiap hari selama sebulan, 85 peratus daripada mereka akan melihat pengurangan kutil.
Itu dibandingkan dengan hanya pengurangan 60 peratus pada pesakit yang menggunakan cryotherapy (kutil yang dibekukan oleh pakar dermatologi).
Sukar untuk dipercayai, tetapi ramai orang mempercayai rawatan itu!
HIDROGEN PEROKSIDA
Jika awda mempunyai kutil plantar (lazimnya terdapat pada kaki), berikut ialah rawatan sendiri yang mudah untuk dilakukan setiap malam sebelum tidur.
Mula-mula, rendam kaki yang terjejas dalam air suam sekurang-kurangnya 10 minit yang bertujuan untuk melembutkan kulit.
Kemudian, awda perlu mencukur lapisan atas sel kulit mati untuk mendedahkan bahagian tengah kutil.
Gosok kawasan itu dengan batu apung atau kertas ampelas.
Kemudian sapukan kutil dengan hidrogen peroksida menggunakan kapas dan biarkan ia kering selama kira-kira 15 minit. Tutup dengan pembalut sebelum awda tidur.
Ulangi rawatan tersebut setiap hari, dan kutil akan mula berubah warna dan akhirnya mati.
KENTANG
Sebelum awda beralih kepada penggunaan produk mahal untuk menghilangkan kutil, awda boleh mencuba menggunakan kentang.
Dengan cara menggosok kentang mentah pada kutil awda setiap malam ia boleh mengeringkan kulit sekali gus membunuh kutil tersebut. – Agensi

