Sunday, March 16, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cara Mudah julang Piala GHK Tutong

    Oleh James Kon –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 JULAI – Pasukan Bola Keranjang Cara Mudah muncul juara dengan menjulang Piala GHK Tutong kelmarin selepas menewaskan Pasukan Bola Keranjang Bengkel GKL 83-67 pada perlawanan akhir.

    Lim Liang Wei dari Cara Mudah telah meraih MVP dengan menjaringkan 25 mata untuk membawa pasukannya menjadi juara pertandingan. Kapten Benjamin Sim yang juga jurulatih kebangsaan memperoleh 11 mata termasuk tiga jaringan tiga mata.

    Sementara itu, pemain Pasukan Bola Keranjang Bengkel GKL, Chai Tze Khiong, memperoleh 15 mata dalam kekalahan itu.

    Pada playoff tempat ketiga, Pasukan Bola Keranjang Tutong B telah merangkul trofi selepas menewaskan Pasukan Bola Keranjang GHK 77-63.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada tiga pasukan terbaik ialah Presiden Persatuan Bola Keranjang Brunei (BBA), Goh Kiat Hing, bersama Pengerusi Persatuan Bola Keranjang, Tutong, On Wei Yeah.

    Goh Kiat Hing semasa menyampaikan trofi kepada Pasukan Bola Keranjang Cara Mudah pada pertandingan tersebut. – GAMBAR SERAHAN PERSATUAN BOLA KERANJANG TUTONG
    GAMBAR SERAHAN PERSATUAN BOLA KERANJANG TUTONG
    GAMBAR SERAHAN PERSATUAN BOLA KERANJANG TUTONG

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda