Saturday, December 28, 2024
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cara mudah lebatkan rambut

    Tidak dinafikan bahan semula jadi mampu membantu orang yang mempunyai masalah rambut dan berkesan untuk melebatkannya.

    Justeru terdapat beberapa petua yang sangat menarik dan praktikal untuk mengatasi masalah tesebut.

    Berikut dikongsikan beberapa petua dan tatacara yang boleh awda amalkan agar memiliki rambut yang lebat dan sihat.

    1. MINYAK KELAPA

    Panaskan minyak kelapa dan urut kulit kepala menggunakan minyak kelapa tersebut dengan hujung jari.

    Lakukan urutan membulat tanpa memberikan tekanan yang terlalu kuat. Kemudian, balutkan rambut awda dengan tuala hangat dan membiarkannya selama setengah jam dan cuci dengan menggunakan syampu. Ulangi kaedah seumpama itu sekali seminggu untuk memberikan kesan rambut yang lebih tebal dan panjang.

    Menyapukan minyak kelapa sekali seminggu bukan sahaja menjadikan rambut awda panjang tetapi juga lebat.
    – www.maskulin.com.my
    Daun lidah buaya juga mempunyai khasiat terhadap rambut. – www.maskulin.com.my

    2. DAUN LIDAH BUAYA

    Ambil dua atau tiga helai daun tersebut dan potong menjadi dua bahagian. Perah gel yang terkandung di dalam daun itu dan sapukan rata pada kulit kepala dan rambut. Biarkan selama setengah jam dan kemudian bilas dengan air sederhana suam. Lakukan sekali atau dua kali dalam masa seminggu untuk mendapatkan rambut sihat dan lebat. Mengambil satu sudu jus daun lidah buaya setiap hari ketika perut kosong juga mampu membantu melebatkan rambut.

    3. TELUR

    Pecahkan dua biji telur dan kacau hingga pecah kuning hingga sebati. Sapu adunan telur ke atas rambut yang basah. Kemudian biarkan selama 10 hingga 15 minit dan cuci rambut dengan air sederhana panas dengan syampu yang sesuai untuk kulit kepala awda agar bau hanyir telur tidak melekat. Awda boleh mencuba melakukan kaedah mudah ini sekali seminggu untuk mendapatkan hasil rambut tebal dengan lebih cepat.

    4. KULIT BUAH OREN

    Biasanya ramai yang makan buah oren kemudian membuang kulitnya begitu sahaja. Akan tetapi selepas ni awda perlu ingat untuk menyimpan kulit tersebut kerana terdapat manfaat yang diperolehi daripadanya.

    Ambilkan kulit buah oren dan tumbuk sehingga lumat. Selepas itu, sapukan dengan rata di atas rambut dan kulit kepala awda dan biarkan selama 15 hingga 20 minit. Setelah itu cuci sehingga bersih. Awda oleh melakukannya sekali dalam masa seminggu untuk membantu pertumbuhan rambut pada kulit kepala.

    5. AVAKADO DAN PISANG

    Kombinasi seumpama itu adalah sangat sesuai bagi membantu melebatkan rambut awda. Lumatkan isi buah avakado bersama pisang dan gaul sehingga rata. Kemudian, sapukan campuran dua buah tersebut ke atas kulit kepala berserta urutan ringan.

    Biarkan ia mengering selama setengah jam agar khasiat kedua-dua buah berkenaan meresap masuk ke dalam kulit kepala. Cuci rambut dengan air suam selama 15 minit bersama syampu. Rambut akan kelihatan lebih tebal dan sihat setelah rambut kering sepenuhnya.

    6. DAUN INAI

    Ambil beberapa helai daun inai dan kisar bersama sedikit air. Kisar sehingga ia menjadi seakan pes dan biarkan selama beberapa jam. Gunakan pes tersebut ke atas kulit kepala dan perap rambut dengan topi mandian selama tiga jam.

    Kemudian cuci rambut awda dengan air sehingga bersih bersama conditioner. Awda boleh mengamalkannya dua kali seminggu untuk meningkatkan lagi pertumbuhan rambut dengan lebih pantas.

    7. DAUN PANDAN DAN SANTAN

    Kombinasi antara daun pandan dan santan juga dapat membantu melebatkan rambut awda. Gunakan daun pandan yang sudah ditumbuk dan campurkannya dengan sedikit air dan perah. Kemudian, ambil santan, campurkan dengan pandan tadi dan kacau sehingga rata. Biarkan ia selama setengah hari dan selepas itu awda boleh sapukan campuran tadi pada rambut.

    Dalam masa 45 minit atau lebih (lagi lama lagi bagus), awda boleh membilasnya dengan air. Lakukan seberapa kerap yang mungkin untuk mendapatkan hasil lebih baik. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda