Wednesday, December 25, 2024
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cara paling mudah bersihkan kasut

    Oleh Syahmi Hassan – 

    Gambar oleh Tbuzuh

    Membersihkan kasut mungkin kelihatan mudah, tetapi ramai yang tidak sedar bahawa kesilapan kecil boleh merosakkan bahan atau mengurangkan jangka hayat kasut.

    Oleh itu, dalam panduan ini, kaedah paling selamat dan mudah yang boleh awda ikuti akan dikongsikan.

    Dengan cara ini, kasut awda bukan sahaja kelihatan seperti baharu tetapi juga kekal tahan lama tanpa risiko kerosakan.

    Ikuti langkah-langkah berikut untuk memastikan hasil pembersihan yang terbaik!

    Antara barang diperlukan:

    • Berus gigi
    • Sarung tangan
    • Detergen
    • Mesin basuh/pengering
    • Sabun pencuci pinggan
    • Mangkuk berisi air
    • Tisu kertas
    • Kasut kotor (Gambar 2)

    Gambar 1 – Gambar oleh Tbuzuh
    Gambar 2 – Gambar oleh Tbuzuh
    Gambar 3 – Gambar oleh Tbuzuh
    Gambar 4 – Gambar oleh Tbuzuh
    Gambar 5 – Gambar oleh Tbuzuh
    Gambar 6 – Gambar oleh Tbuzuh
    Gambar 7 – Gambar oleh Tbuzuh
    Gambar 8 – Gambar oleh Tbuzuh
    Gambar 9 – Gambar oleh Tbuzuh
    Gambar 10 – Gambar oleh Tbuzuh
    Gambar 11 – Gambar oleh Tbuzuh

    TANGGALKAN TALI KASUT

    Dengan hati-hati, tanggalkan tali kasut dan asingkan.

    Ini membolehkan awda membersihkan tali dan kasut dengan lebih teliti. (Gambar 3)

    BASUH TALI KASUT DENGAN DETERGEN

    Masukkan tali kasut ke dalam mesin basuh dan tambahkan sedikit detergen atau kapsul detergen. (Gambar 4)

    HIDUPKAN MESIN BASUH

    Mulakan mesin basuh. Ketika awda selesai membersihkan kasut, tali kasut juga akan siap dicuci. (Gambar 5)

    PAKAI SARUNG TANGAN

    Pakai sarung tangan untuk melindungi kulit awda daripada sebarang kerengsaan akibat bahan pencuci yang digunakan dan untuk memastikan tangan kekal bersih. (Gambar 6)

    CAMPURKAN SABUN PENCUCI PINGGAN KE DALAM AIR

    Tambahkan beberapa titis sabun pencuci pinggan ke dalam mangkuk berisi air dan kacau perlahan-lahan sehingga menghasilkan larutan sabun. (Gambar 7)

    CELUPKAN BERUS GIGI KE DALAM LARUTAN SABUN

    Rendam bulu berus gigi ke dalam air sabun sehingga ia menyerap larutan tersebut dengan secukupnya. (Gambar 8)

    GOSOK KASUT DENGAN BERUS GIGI

    Gunakan berus gigi untuk menggosok permukaan kasut, dengan menumpu pada bahagian yang kotor atau lumpur.

    Tekan lebih kuat untuk menghilangkan kotoran degil. (Gambar 9)

    PASANGKAN SEMULA TALI KASUT

    Setelah mesin basuh selesai, keluarkan tali kasut. (Gambar 10).

    Apabila kasut dan tali kasut sudah kering, pasangkan semula tali kasut dengan kemas dan
    pastikan ia terikat dengan baik. (Gambar 11)

    BIARKAN KASUT KERING

    Biarkan kasut kering secara semula jadi selama beberapa jam atau semalaman di kawasan yang mempunyai pengudaraan baik sebelum digunakan semula.

    Tip penting:

    • Untuk kasut berwarna terang, elakkan menggunakan pembersih yang keras atau berasaskan pemutih kerana ia boleh menyebabkan perubahan warna.
    • Gunakan berus lembut atau berus gigi lama untuk membersihkan kasut kulit atau kasual agar tidak merosakkan permukaan.
    • Untuk menambah kesan bersih yang lebih tahan lama, cuba gunakan penyembur kalis air selepas proses pembersihan untuk melindungi kasut daripada kotoran atau kelembapan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda