Saturday, April 26, 2025
31.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cara pam tayar dengan betul

    Kenderaan yang anda pandu harus memiliki tekanan angin yang mencukupi pada tayarnya.

    Ia bukan sahaja menjadikan kenderaan dipandu sentiasa dalam keadaan yang baik dan selamat malah anda juga dapat menjimatkan minyak dalam tangki kereta anda.

    Anda boleh memeriksa tekanan angin pada tayar anda setiap dua minggu sekali dan kalau boleh, jadikan ia sebagai satu rutin yang wajib.

    Gunakan tolok tekanan

    Sekiranya anda memiliki peralatan seperti tolok tekanan atau Pressure Gauge dan tekanan menunjukkan pada aras ‘3’, ia sebenarnya sudah mencukupi. Manakala jika berada di bawah paras itu, tayar anda perlulah ditambah anginnya dan jika berada melebihi paras tersebut, kurangkanlah sedikit anginnya.

    Ketahui tekanan angin tayar anda

    Tekanan angin tayar untuk kereta 1.3 cc dan 1.5 cc, tekanan angin yang diperlukan mencukupi sekitar 190 hingga 230 kpa. Mengambil contoh yang dipakai adalah rim 15 tayar 55, standard bagi Toyota Etios dan sebagainya, anda perlu isi tayar depan dengan 210/30 dan tayar belakang pula 190/29.

    Sekiranya anda memiliki peralatan seperti tolok tekanan dan tekanan menunjukkan pada aras ‘3’, ia sebenarnya sudah mencukupi. – Agensi

    Jika terisi lebih sehingga 300 kpa, berkemungkinan tayar anda akan keras seperti batu dan kereta boleh sahaja melantun atau bergegar.

    Periksa sebulan sekali

    Sehubungan dengan itu, anda disarankan untuk memeriksa keadaan tayar kenderaan anda paling kurang sebulan sekali dengan cara :

    Langkah 1 = Beli pengukur tekanan tayar bagi mengukur tekanan angin dalam tayar kereta anda.

    Langkah 2 = Gunakan pam basikal atau pergi ke stesen minyak berdekatan rumah anda. Pastikan tayar kereta anda dalam keadaan sejuk terutama jika anda sudah memandu lebih daripada 2 kilometer.

    Langkah 3 = Rujuk kepada manual kereta anda atau pada pintu sebelah pemandu untuk melihat tekanan tayar angin yang disyorkan. Sesetengah kenderaan memerlukan jumlah tekanan yang sama pada setiap tayar, tetapi tayar depan dan belakang selalunya berbeza jumlah tekanannya.

    Langkah 4 = Tambah angin jika kurang daripada yang diperlukan atau buang angin jika lebih daripada yang diperlukan. Tekan pin di tengah pada batang injap dengan kuku atau apa-apa peralatan.

    Langkah terakhir = Gantikan penutup injap. Ulang setiap langkah bagi setiap tayar. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda