Tuesday, May 13, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cara pengambilan halba

    HALBA juga dapat diminum sebagai teh dengan cara merebusnya dan air rebusannya boleh dijadikan minuman. Orang Mesir gemar minum teh halba terutama pada musim sejuk. Untuk permulaan disarankan untuk menggunakan halba dalam dos minimum dan dipertingkatkan sedikit demi sedikit.

    Selain itu, teh halba juga dikatakan dapat mengurangkan ketagihan rokok dan dadah malah baik untuk mengurangkan penyakit anemia. Caranya adalah dengan merebus biji halba dan air rebusannya ditambah madu yang diminum sebagai minuman teh.

    Biji halba juga boleh ditumbuk sehingga menjadi serbuk dan diletakkan pada bahagian bisul atau kulit yang bermasalah. Serbuk halba dikatakan dapat merawat sakit lua
    ran seperti kegatalan pada kulit dan bisul.

    Teh halba yang dicampur bersama dengan madu dikatakan dapat mengurangkan ketagihan rokok dan dadah serta mengurangkan penyakit anemia.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda