Wednesday, February 19, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cardi B hamil anak pertama

    SELEPAS beberapa kali menyangkal dakwaan dirinya sedang hamil, penyanyi rap Cardi B (gambar) akhirnya mengesahkan dirinya sedang berbadan dua.

    E! Online melaporkan Cardi, 25, membuat pengumuman itu apabila menayang perutnya ketika membuat persembahan menerusi program Saturday Night Live baru-baru ini.

    Memakai gaun ketat berwarna putih, penyanyi lagu Bodak Yellow itu menjadi tumpuan apabila muncul dengan perut yang membesar ketika menyanyikan single terbaharunya, Be Careful.

    Ia adalah anak hasil hubungannya dengan penyanyi rap, Offset daripada kumpulan Migos.

    Pasangan itu mengikat tali pertunangan pada Oktober tahun lalu selepas Offset melamarnya di hadapan peminat.

    Offset, 26, sudah pun mempunyai tiga anak lain daripada hubungannya sebelum ini.

    Dalam pada itu, Cardi menerusi Instagram memberitahu teruja bakal bergelar ibu tidak lama lagi dan berterima kasih atas doa diberikan oleh peminat.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda