Monday, May 12, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cardi B mengaku bersalah cederakan pekerja kelab malam

    Penyanyi rap terkenal, Cardi B mengaku bersalah atas dua pertuduhan mencetuskan pergaduhan di sebuah kelab malam sehingga mendatangkan kecederaan kepada dua pekerja pada 2018 di Mahkamah New York, pada Jumaat lalu.

    Cardi atau Belcalis Marlenis Almanzar membuat pengakuan itu di hadapan hakim sebelum perbicaraan dimulakan kerana tidak mahu membuang masa mahkamah.

    “Banyak perkara yang telah saya rancang bersama keluarga, kerjaya dan masyarakat. Saya perlu jujur daripada terpaksa hadir untuk perbicaraan selama tiga minggu,” katanya.

    Hakim kemudiannya memerintahkan Cardi bersama dua tertuduh lain menjalani perkhidmatan masyarakat selama 15 hari sebagai hukuman.

    Kesemua tertuduh juga turut dipertintahkan untuk tidak mendekati mangsa yang merupakan pekerja kelab malam berkenaan selama tiga tahun.

    Kejadian itu berlaku pada 29 Ogos 2018 yang mana Cardi bersama kumpulannya dilaporkan melontar botol, kerusi dan alat penghisap shisa ke arah dua pekerja Kelab Angles Strip.

    Serangan tersebut dipercayai berpunca daripada perasaan cemburu selepas salah seorang pekerja kelab berkenaan didakwa menjalinkan hubungan sulit dengan suaminya, penyanyi rap Offset. – Agensi

    Cardi B mengaku bersalah cetus pergaduhan di kelab, dilarang dekati mangsa selama 3 tahun. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda