Wednesday, September 18, 2024
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cardi B selamat bersalin anak ketiga

    Penyanyi rap Cardi B berkongsi berita gembira selamat melahirkan anak damit perempuan di sebuah pusat perubatan pada Ahad lalu.

    Cardi atau Belcalis Marlenis Cephus, 32, meluahkan rasa syukur dengan kehadiran anak ketiga yang disifatkan sebagai anugerah terindah dalam hidupnya, kongsi mStar.

    “Perkara yang paling indah dalam hidup saya, 7 September 2024,” katanya.

    Cardi berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram.

    Menerusi perkongsian tersebut, penyanyi lagu Up itu turut memuat naik foto suaminya iaitu penyanyi rap, Offset sedang memangku anak damit di samping dua lagi cahaya mata mereka.

    Rata-rata peminat berkongsi rasa teruja dan mengucapkan tahniah di atas kelahiran anak damit berkenaan.

    “Tahniah Cardi, walaupun selepas melahirkan anak awda tetap nampak cantik.

    “Tahniah, awak seorang ibu yang cantik. Kecantikan itu terpancar pada wajah anak-anak awak juga,” tulis warganet. – Agensi

    Cardi teruja menyambut kelahiran cahaya mata ketiga. – Essence
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda