Friday, May 9, 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cardiff terus ‘berduka’

    LONDON, 30 Jan – Arsenal menewaskan Cardif 2-1 ketika kelab Wales itu kembali beraksi buat kali pertama sejak berlakunya insiden kehilangan pesawat yang membawa pemain kelab itu, Emiliano Sala di Kepulauan Channel, minggu lalu.

    Sala tidak berpeluang untuk beraksi bersama Cardiff tatkala kapal terbang yang membawa pemain Argentina itu dan juruterbangnya, terputus hubungan ketika menuju ke ibu negara Wales pada 21 Januari lalu, dua hari selepas perpindahannya bernilai AS$20 juta dari Nantes.

    Sebelum sepak mula, para penyokong dan pemain memberi penghormatan seketika buat Sala, dengan penyokong Cardiff menaikkan kain rentang yang berbunyi “Kami tidak pernah melihat anda bermain dan menjaringkan gol tetapi Emiliano, ‘bluebird’ kami yang cantik akan sentiasa menyayangi anda selamanya.”

    Kapten dari kedua-dua pasukan turut membawa jambangan bunga ke atas padang sebelum aksi mula, sementara jersi dan bendera Argentina antara yang dikibarkan oleh penyokong Cardiff.

    Pengendali Cardiff, Neil Warnock menjelaskan bahawa minggu lalu merupakan tempoh sukar sepanjang kariernya dan mendedahkan dia dan beberapa pemainnya telah mendapatkan bantuan daripada pakar psikologi sebelum perlawanan itu.

    Namun begitu, Cardiff bermula dengan baik pada perlawanan itu dan meraih beberapa peluang pada separuh masa pertama dengan sepakan voli daripada Boby Reid sebelum dua tandukan yang gagal menemui jaringan.

    Bos Arsenal, Unai Emery turut membuat kejutan dengan menamakan Mesut Ozil sebagai kapten ketika pengendali Jerman itu melakukan tujuh perubahan dalam skuadnya yang tewas di tangan Manchester United pada saingan Piala FA, Jumaat lalu. – AFP

    Matteo Guendouzi (kiri) dan Lee Peltier ketika bertemu pada saingan Liga Perdana Inggeris di Stadium Emirates, London, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda