Isu kenaikan beg plastik yang diperkatakan dalam media arus perdana dan media sosial baru-baru ini merupakan serampang dua mata bagi pencinta alam dan juga peniaga.
Tetapi bagi pengguna, ia sedikit membebankan kerana kenaikan harga plastik pastinya akan membawa kepada kitaran penambahan harga kepada barangan asas, makanan dan lain-lainnya yang dikenakan oleh peniaga untuk menyerap harga plastik itu.
Namun, saya kira alternatif kepada beg plastik yang lebih murah adalah jawapan kepada isu tersebut.
Mungkin pihak berkenan boleh menggalakkan penciptaan beg kitar semula yang damit pada harga mampu milik. Syarikat pemula yang mencipta beg tersebut boleh sahaja terdiri daripada anak tempatan sekali gus mengembangkannya untuk kegunaan ramai.
Beg kitar semula saiz semasa mungkin tidak sesuai untuk mengisi barangan kecil yang dibeli terutamanya di pasar malam. Maka pihak berkenan fikirkanlah alternatif lebih baik agar situasi menang-menang buat semua dapat dicapai.
Dayang Mawar