Saturday, March 15, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cari pelancong Britain di Kemboja

    KOH RONG, KEMBOJA, 30 OKT – Keluarga pelancong Britain berusia 21 tahun yang hilang di pulau Kemboja seminggu lalu turut menyertai pihak berkuasa hari ini melakukan pencarian menggunakan bot sekitar perairan dan hutan tebal.

    Pencarian terdesak ke atas Amelia Bambridge di Koh Rong melibatkan lebih 100 askar, tentera laut dan anggota polis serta ahli keluarga dan sukarelawan. Bambridge tidak mendaftar keluar dari hostelnya pada 24 Oktober, dengan beg dan telefonnya ditemui di kawasan Police Beach, tempat dia dilihat beberapa jam sebelumnya.

    Ahli keluarga mangsa turut membantu siasatan kehilangannya dengan melakukan pencarian di pulau dan hutan berdekatan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda