Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Cari penyelesaian menyeluruh musim banjir

    PUTRAJAYA, 5 JAN – Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat telah melaksanakan koordinasi dengan kementerian dan agensi berkaitan bagi mencari penyelesaian menyeluruh terhadap masalah selepas musim Monsun Timur Laut (MTL), kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

    Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat berkata langkah tersebut tidak terhad kepada kerja pembaikan infrastruktur dan kediaman yang rosak akibat banjir, malah bertujuan merangka perancangan jangka panjang termasuk proses mitigasi mangsa.

    “Harus ada keselarasan dari segi pelaksanaan dan jika kita bekerja bersama-sama, keputusan akhir dapat dicapai secara menyeluruh.

    Setiap kali musim banjir, kerajaan perlu baiki rumah rosak, bina baharu rumah yang hanyut dan baiki jalan rosak.

    “Proses ini sentiasa berulang setiap kali banjir. Kita mesti cari penyelesaian menyeluruh dan jangka panjang,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Amanat Tahun Baharu 2023 Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, di sini hari ini.

    Pada 5 Disember lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata Ahmad Zahid akan bertanggungjawab sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat bagi memastikan negara bersiap sedia menghadapi bencana banjir berdasarkan langkah pemantauan serta persediaan yang dibuat jawatankuasa berkenaan. – Bernama

    Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi beramah mesra bersama kakitangan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah pada Majlis Amanat Tahun Baharu 2023, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...