Wednesday, July 16, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cari rezeki kumpul kad Pokemon

    SINGAPURA – Kerjaya Ang Bin Xiu merupakan impian setiap peminat Pokemon. Segalanya bermula apabila dia secara tidak sengaja menemui kad Pokemon di sebuah kedai serbaneka pada tahun 2022.

    Minat zaman kanak-kanaknya kembali membara dicetuskan rasa nostalgia.

    Katanya, “Kini saya ada ‘duit orang dewasa’, jadi membeli kad ini seperti merealisasikan impian masa kecil.”

    Pandemik COVID-19 menyaksikan lonjakan minat global terhadap pengumpulan kad Pokemon dan strim langsung sebagai kaedah membeli-belah.

    Ang memanfaatkan trend itu dan kini, pada usia 31 tahun, dia bekerja sepenuh masa menyiarkan penstriman langsung di saluran TikTok miliknya, membuka pek kad Pokemon setiap hari.

    Ang Bin Xiu mengumpul kad Pokemon sebagai hobi dan sumber mata pencarian. – ANN/Straits Times

    Dia menggunakan model perniagaan ‘membuka pek kad Pokemon dan menghantar kad tersebut’ kepada pembeli semasa siaran langsung, Ang akan membukanya serta-merta dan menghantar kad tersebut kepada pembeli.

    Pelanggannya terdiri daripada pelajar hingga golongan muda bekerja di Singapura.

    Kad-kad itu dibeli daripada pengedar tempatan dan antarabangsa, dijual pada harga sekitar S$6.67 hingga S$8.90 satu pek, yang mengandungi antara lima hingga 10 kad bergantung kepada jenis set. Ang berkata perniagaannya memberikan akses kepada kad unik atau vintaj tanpa perlu membeli sekotak penuh yang boleh mencecah ribuan dolar.

    Ang mula strim secara sambilan pada Disember 2022 semasa bekerja di Amazon.

    Pada awalnya, niatnya hanyalah untuk mencari komuniti peminat kad, bukan untuk menjana pendapatan.

    Namun, sembilan bulan selepas itu, dia berjaya menjual produk bernilai S$740,000 dan memperoleh sehingga S$7,480 sebulan semasa tempoh kemuncak jualan dari Mei hingga Jun.

    Disebabkan sambutan memberangsangkan, Ang meletak jawatan di Amazon pada September 2023 untuk fokus sepenuh masa kepada strim langsung.

    Kini, dia juga menjual kad sukan dan permainan kad lain seperti One Piece. – ANN/Straits Times

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda