Thursday, July 4, 2024
22.7 C
Brunei

    -

    Cari semula semangat untuk menang – Van Dijk

    MUNICH, 1 JULAI – Kapten Belanda Virgil van Dijk menyeru pasukannya untuk mengembalikan semula semangat untuk menang menjelang pertemuan 16 terakhir Euro 2024 dengan Romania, esok.

    Setakat ini, Belanda telah bergelut dalam kejohanan itu walaupun mempunyai skuad yang berbakat.

    Belanda yang diundi dalam Kumpulan D bersama pasukan Perancis dan Austria, telah menamatkan saingan di hadapan Poland yang mempamerkan aksi hambar dan hanya layak sebagai salah satu daripada empat pasukan terbaik di tempat ketiga.

    Van Dijk telah menjadi sasaran kritikan daripada bekas pemain tengah Belanda, Rafael van der Vaart, yang menyelar ‘persembahan memalukan’ ketika menentang Austria dalam perlawanan terakhir kumpulan.

    “Saya mahu dia menunjukkan sedikit semangat,” kata bekas perancang Oranje itu.

    Masih dianggap antara pertahanan terbaik di dnia, Van Dijk yang berusia 32 tahun telah melakukan kesilapan ketika gol ketiga Austria dalam kemenangan 3-2 yang membolehkan negara Alpine itu mara sebagai juara kumpulan.

    “Saya tahu saya boleh melakukan yang lebih baik dan ia sepatutnya lebih baik,” ujar Van Dijk.

    Namun kapten Belanda itu tidak bersendirian dalam memikul tanggungjawab atas kekalahan itu, dengan Memphis Depay dan Donyell Malen juga terlepas beberapa peluang.

    Pada pusingan 16 terakhir, Belanda akan menentang Romania, yang telah melakukan kejutan apabila mengungguli Kumpulan E termasuk membelasah Ukraine 3-0, manakala mereka seri dan kemudian kalah dalam baki perlawanan mereka. – AFP

    Van Dijk menanduk bola semasa UEFA Euro 2024 di Olympiastadion di Berlin pada 25 Jun. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Banjir landa China, ribuan dipindah

    BEIJING, 3 JULAI – Hampir suku juta penduduk terpaksa dipindahkan di timur China ketika hujan lebat melanda sebahagian besar wilayah negara, menyebabkan Sungai Yangtze...