Selasa, Julai 29, 2025
27.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Carreno Busta ‘buka’ gelanggang Terbuka National Bank

    TORONTO, 29 JULAI – Pablo Carreno Busta, juara Terbuka National Bank 2022, membuka kejohanan tenis kelmarin dengan menewaskan pemain dari Kanada, Liam Draxl 2-6, 6-4, 6-4.

    Carreno Busta pernah memenangi gelaran Masters 1000 pertamanya apabila kejohanan itu diadakan di Montreal tiga tahun lalu.

    Seorang lagi pemain Sepanyol, Jaume Munar, mara dengan kemenangan 6-3, 6-0 mengatasi Dan Martin, warga Kanada.

    Tiada pemain pilihan beraksi pada kejohanan kelmarin apabila beberapa pemain ranking teratas seperti Jannik Sinner, Carlos Alcaraz, Jack Draper dan juga Novak Djokovic telah menarik diri.

    Antara keputusan yang ketara, pemain kelayakan Australia, Tristan Schoolkate menewaskan bintang remaja Brazil yang semakin meningkat, Joao Fonseca 7-6 (5), 6-4; dan Mackenzie McDonald dari Amerika mengatasi pemain Belgium, David Goffin 6-4, 6-4.

    Reaksi Pablo Carreno Busta semasa menentang Liam Draxl dari Kanada pada kejohanan tenis Terbuka Bank Negara di Toronto kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda