Monday, February 24, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Carter akui berhubung dengan Rusia

    WASHINGTON, 7 Nov – Penasihat dasar luar kedua kempen Presiden Donald Trump mengakui telah berhubung dengan para pegawai Rusia ketika pilihan raya tahun lalu dan mencadangkan Trump pergi ke Rusia ketika kempen itu.

    Bekas pengurus bank pelaburan yang juga pakar Rusia, Carter Page memberitahu Jawatankuasa Perisikan Dewan minggu lalu bahawa dia telah berhubung ‘sekejap’ dengan seorang penolong perdana menteri Rusia, Arkady Dvorkovich, ketika perjalanan ‘peribadi’ ke Moscow pada Julai 2016, menurut transkrip keterangannya yang dikeluarkan lewat semalam.

    Page juga berkata pada Mei 2016 dia telah mencadangkan Donald Trump pergi ke Rusia untuk menemui para pegawai dan memberi ucapan.

    Itu adalah pada bulan sama seorang lagi penasihat dasar luar, George Papadopoulos juga menyarankan lawatan Trump ke Moscow, menurut dokumen mahkamah minggu lalu.

    Gambar fail pada 2 November 2017 menunjukkan Carter Page bercakap dengan pemberita di Washington. Carter mengakui telah berhubung dengan para pegawai Rusia ketika pilihan raya tahun lalu dan mencadangkan Trump pergi ke Rusia ketika kempen itu. – AP

    Keterangan Page itu menambah lagi bukti yang banyak tentang beberapa hubungan antara kempen presiden Trump dan Rusia pada tahun 2016 pada ketika Moscow meningkatkan operasi penggodaman dan maklumat palsu bertujuan meningkatkan peluang Trump untuk memenangi jawatan Rumah Putih.

    Jawatankuasa Dewan itu dan Senat berserta dengan pendakwa khas jabatan kehakiman sedang menyiasat sama ada kempen itu berpakat sulit dengan pihak Rusia dalam apa cara untuk membantu menumpaskan calon yang disebut-sebut akan memenangi pilihan raya, iaitu Hillary Clinton. Page memberitahu jawatankuasa dalam sesi dengar tertutup Khamis lalu bahawa dia adalah sukarelawan tidak berbayar dalam pasukan penasihat dasar luar awal Trump, tidak pernah bertemu dan bercakap secara langsung dengan Trump dan tidak mempunyai hubungan tidak wajar di Rusia. Namun dalam soal siasat dia mengakui berhubung dengan Dvorkovich, pegawai-pegawai lain, ahli-ahli perniagaan dan ilmuan-ilmuan kanan ketika mengunjungi negara itu pada bulan Julai dan Disember. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda