Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Casemiro ingin cabaran baharu

    MANCHESTER, 19 OGOS – Jurulatih Real Madrid, Carlo Ancelotti hari ini mengesahkan bahawa Casemiro ingin meninggalkan juara Eropah dengan Manchester United semakin hampir untuk mendapatkan khidmat pemain antarabangsa Brazil itu.

    Menurut laporan BBC dan The Athletic, United akan membayar yuran pendahuluan 60 juta euro, dan tambahan 10 juta euro untuk pemain berusia 30 tahun itu.

    “Saya sudah bercakap dengannya pagi tadi. Dia ingin mencuba cabaran baharu, peluang baharu. Saya dan kelab memahaminya,” kata Ancelotti.

    “Dengan apa yang telah disumbangkan oleh Casemiro untuk kelab, kami menghormati permintaannya. Kini rundingan sedang berjalan, belum rasmi dan dia masih pemain Real Madrid, tetapi keinginannya adalah untuk meninggalkan kelab.

    “Jika ia berlaku dan persetujuan disepakati, kami terpaksa mencari pengganti.”

    Casemiro telah memenangi tiga gelaran La Liga dan lima trofi Liga Juara-Juara semasa sembilan tahun di Madrid dan membentuk gandingan mantap di bahagian tengah bersama Luka Modrid dan Toni Kross.

    Namun, tempatnya dalam pasukan Ancelotti terancam selepas kelab tersebut menandatangani Aurelien Tchouameni pada musim panas dengan bayaran yang mungkin meningkat kepada 100 juta euro. – AFP

    Reaksi Casemiro (tengah) bersama rakan sepasukan meraikan kemenangan Piala Super UEFA pada 10 Ogos lalu.- AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...