Sunday, December 22, 2024
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Casillas akui masa depan kabur

    PORTO, 7 Mei – Penjaga gol hebat Sepanyol, Iker Casillas keluar dari hospital di Portugal semalam, dan berkata bahawa masa depan bola sepaknya adalah tidak jelas, lima hari selepas mengalami serangan jantung semasa berlatih dengan kelabnya.

    Pemain berusia 37 tahun itu, yang bermain untuk Porto sejak 2015, dimasukkan ke hospital Rabu lepas.

    “Kesihatan saya semakin baik,” katanya kepada wartawan di luar hospital di Porto.

    “Ia adalah tempoh rehat dalam beberapa minggu ini, atau mungkin beberapa bulan ini. hakikatnya adalah saya tidak peduli.

    “Apa yang penting adalah saya di sini. Saya tidak tahu apa yang ada di masa hadapan.”

    Casillas meninggalkan hospital di Porto bersama isterinya selepas menerima rawatan serangan jantung. – AFP

    Casillas mempunyai 167 kap bersama Sepanyol, memenangi Piala Dunia 2010 dan dua Kejohanan Eropah, dan juga bermain lebih 700 perlawanan untuk Real Madrid.

    “Hakikatnya, ia sesuatu yang boleh terjadi kepada sesiapa sahaja dan bila-bila masa,” tambahnya.

    “Ia sukar untuk bercakap mengenainya, tetapi juga perlu bersyukur kerana saya sangat bernasib baik.”

    Dia memberikan jaminan kepada para penyokong bahawa dia pulih dengan baik, dengan berkata di media sosial bahawa semuanya terkawal.

    Media Portugal melaporkan bahawa Casillas menjalani pembedahan dan musimnya sudah berakhir. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda