Thursday, July 17, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Castagne sertai Leicester

    LONDON, 4 SEPT – Leicester menandatangani pemain pertahanan antarabangsa Belgium, Timothy Castagne dari Atalanta hari ini dengan nilai dilaporkan sekitar AS$29 juta.

    Castagne, 24, memiliki tujuh kap penampilan bersama Belgium dan mampu beraksi di posisi pertahanan kiri dan kanan.

    Dia beraksi 33 kali buat Atalanta musim lalu ketika kelab yang berpangkalan di Bergamo itu menamatkan saingan Serie A di tempat ketiga dalam tempoh dua tahun berturut-turut dan mara ke suku akhir Liga Juara-Juara.

    Castagne adalah pemain yang bakal menggantikan tempat ditinggalkan Ben Chilwell iaitu pemain kelab Inggeris berkenaan yang dijual kepada Chelsea sekitar £50 juta.

    Dia juga bakal menyertai rakan sepasukan skuad kebangsaan Belgium, Youri Tielemans dan Dennis Praet di Stadium King Power. – AFP

    Leicester menandatangani Timothy Castagne (tengah) dari Atalanta kelmarin dengan nilai dilaporkan sekitar AS$29 juta. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda