GAINESVILLE, 1 MEI – Florida telah menambah seorang lagi pemain penting ke dalam pasukannya. The Gators mengumumkan semalam bahawa bekas penyerang Michigan, Colin Castleton akan menyertai program itu dan mempunyai kontrak selama dua tahun sebagai kelayakan bermula untuk musim 2021-2022.
Castleton pemain berketinggian 6 kaki 11, yang dibesarkan di Pantai Daytona berdekatan Gainesville, telah beraksi sebanyak 44 perlawanan ketika bersama Wolverines selama dua musim terakhirnya.
Dia memperoleh 3.4 mata dan 2.7 rebound bermain sebagai pemain gantian dari bangku simpanan dan melakukan percubaan jaringan sebanyak 53 peratus sepanjang kejohanan. Sebagai pelajar senior kolej, Castleton menduduki tempat 10 teratas dalam anugerah Mr Basketball Florida sambil memperoleh purata 24.5 mata permainan di Father Lopez Catholic di Daytona Beach.
Castleton akan keluar pada musim 2020-21 di bawah peraturan perpindahan NCAA.
Dia menyertai program itu yang hanya mempunyai dua orang pemain penting iaitu pelajar baharu, Omar Payne dan Jason Jitoboh. Penyerang Dontay Bassett memasuki portal pemindahan NCAA bulan lalu dan tiba di Weber State. – AP
