Monday, April 21, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cat Farish penuhi impian isteri hadiahkan lot kedai

    Enggan lagi berniaga di tepi jalan atau menyertai festival jualan, penyanyi dan komposer Cat Farish membuat kejutan menghadiahkan sebuah lot kedai buat isterinya iaitu Shikin Maembong.

    Kasihan melihat kepayahan Shikin berniaga, Cat atau Farish Ramli, 51, memberitahu hadiah itu juga sebagai memenuhi impian isterinya untuk melangkah setapak dalam perniagaan.

    Malah baginya dengan ada premis berkenaan akan lebih memudahkan urusan harian mereka bersama, menurut laporan mStar.

    “Saya lihat awak susah-payah berniaga tepi jalan. Lepas ini kita tak payah pergi mana-mana. Saya rancang kita cari rezeki di sini.

    “Ini adalah misi kita. Orang tak tahu kita menangis dua orang,” katanya.

    Cat berkongsi perkara tersebut dalam satu hantaran yang dimuat naik di laman Instagram miliknya pada Ahad.

    Menerusi video berkenaan, dia membawa Shikin ke lokasi kedia berkenaan yang dipercayai terletak berhampiran Taman Melawati, Kuala Lumpur.

    Dalam masa sama, Cat turut memohon doa untuk mereka berdua mendapatkan cahaya mata bersama.

    “Tak rugi habiskan duit untuk isteri. Ini sahaja saya mampu untuk bahagiakan awak.

    “Kita doa sama-sama rezeki cahaya mata pula selepas ini sayang,” ujarnya.

    Kedua-dua mereka kemudian terus berbincang untuk melakukan proses ubah suai sebelum memulakan pernigaan di sana.

    Terharu menerima kejutan daripada suaminya, Shikin turut berkongsi kata-kata penghargaan buat Cat.

    “Terima kasi kerana sokong dalam susah senang dan apa sahaja untuk saya. Abi (panggilan Cat), tak malu teman saya berniaga tepi jalan.

    “Terima kasih buat impian saya jadi nyata. Sudah lama nak kedai sendiri,” ujarnya.

    Untuk rekod Cat dan Shikin bernikah pada 13 Julai 2024.

    Ini merupakan perkahwinan ketiga buat Cat selepas dua kali bercerai.

    Manakala Shikin pula pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohd Nadzri Redzuwan pada Disember 2014 namun berceria pada Jun 2016.

    Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Putri Arianna Natasya yang kini berusia 10 tahun. – Agensi

    Cat Farish, bersama isterinya, Shikin Maembong, di premis kedai terbaharu miliknya. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda