Monday, March 17, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Catalonia menangi hak berpecah dari Sepanyol – Carles

    BARCELONA, 2 Okt – Pemimpin Catalonia Carles Puigdemont berkata rantau itu telah memenangi hak untuk berpecah dari Sepanyol selepas 90 peratus pengundi menyertai referendum yang diharamkan bagi pengundian, tanpa mengendahkan tindakan pihak polis yang kadang kalanya ganas dan tentangan hebat dari Madrid.

    Pengisytiharannya nampaknya meletakkan rantau bertikai itu pada laluan perpecahan serius dengan kerajaan Sepanyol, selepas Perdana Menteri Mariano Rajoy mengulangi pendirian kerajaannya bahawa undian itu adalah tidak sah, yang mana kerajaan bereaksi dengan ‘tegas dan tenang.’

    Sebarang cubaan untuk mengisytiharkan kemerdekaan secara sehala adalah pasti ditentang, bukan saja oleh Madrid tetapi juga oleh sebahagian besar penduduk Catalan yang begitu bercanggah berhubung isu ini.

    Kerajaan serantau berkata 2.26 juta orang sebenarnya telah menyertai referendum semalam atau 42.3 peratus pengundi.

    Puigdemont yang amat gembira berkata rakyatnya telah ‘memenangi hak kemerdekaan negeri’ dan menggesa Kesatuan Eropah berhenti mencari ‘cara lain.’

    Rakyat melaungkan slogan ketika mereka mengibarkan bendera pro-kemerdekaan ‘Estelada’ Catalan semasa protes di Barcelona pada 2 Oktober 2017 sehari selepas beratus-ratus penduduk tercedera dalam tindakan keras polis semasa referendum kemerdekaan yang dilarang Catalonia. – AFP

    Puigdemont berkata sekiranya kemenangan ‘ya’ dia akan mengisytiharkan kemerdekaan bagi Catalan, yang diperkira 19 peratus keluaran ekonomi Sepanyol.

    Kira-kira 92 orang disahkan cedera dari sejumlah 844 orang yang memerlukan rawatan perubatan, menurut pihak berkuasa Catalan.

    Menambah lagi ketegangan, pihak kesatuan dan pertubuhan-pertubuhan Catalan akan mengadakan mogok seluruh rantau itu esok disebabkan ‘pencabulan teruk ke atas hak dan kebebasan’ dengan menggesa orang ramai keluar ke jalan-jalan raya.

    Polis berhelmet bersenjatakan belantan bergerak masuk beramai-ramai awal semalam untuk menutup stesen mengundi dan merampas kotak undi, yang mencetuskan pertempuran. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    Tidak sengaja