Thursday, December 26, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Catat pertumbuhan lebih pantas

    Gabenor Bank Negara Tan Sri Muhammad Ibrahim berucap pada majlis pelancaran Karnival Kewangan Kedah 2018 di TH Hotel dan Pusat Konvensyen pada 19 Januari. Badan itu semalam mengumumkan pertumbuhan KDNK sebanyak 5.9 peratus bagi suku keempat 2017 dan tahun penuh untuk ekonomi Malaysia. – Bernama

    KUALA LUMPUR, 15 Feb – Ekonomi Malaysia yang mencatatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 5.9 peratus pada 2017, memecut pada kadar  lebih pantas dengan nilai sebanyak RM1.17 trilion (2016:4.2 peratus) pada harga malar dan RM1.35 trilion pada harga semasa, kata Jabatan Perangkaan.

    Jabatan itu berkata sektor perkhidmatan, pembuatan dan pertanian merupakan peneraju dalam bahagian pengeluaran dengan semua sektor mencatatkan pertumbuhan positif kecuali perlombongan dan kuari.

    “Bagi bahagian perbelanjaan, prestasi dipacu terutamanya daripada perbelanjaan penggunaan akhir swasta,” kata jabatan itu dalam portal rasminya. (Klik di sini untuk cerita lanjut)

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda