Sabtu, 22 November 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Catat prestasi cemerlang

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 SEPT – Kejohanan Grand Prix Sibujaya Extreme Motocross 2023 yang diadakan baru-baru ini di Sibujaya, Sarawak telah menyaksikan penyertaan peserta negara yang tidak kurang hebatnya.

    Kejohanan pada 2 dan 3 September lalu itu mempertandingkan beberapa kategori dan peserta negara telah menyertai dalam tiga kategori iaitu Kategori 2Stroke 150cc, Kategori MX Veteran dan Kategori Motocross Novice.

    Dalam kategori 2Stroke 150cc, peserta negara berjaya mendapat tempat pertama dan ketiga yang masing-masing dimenangi oleh Haji Idzam Norhaidi bin Mashud dan Haji Jamil bin Haji Abdul Karim.

    Sementara itu, bagi Kategori MX Veteran, peserta negara berjaya mendapat kedudukan pertama, ketiga dan keempat.

    Haji Idzam Norhaidi berjaya mendapat tempat pertama manakala Haji Jamil di tempat ketiga dan Awang Misli bin Jaafar di tempat keempat.

    Manakala itu, dalam Kategori Motocross Novice pula, Awang Mohamad Azmi bin Haji Jais berjaya mendapat tempat keempat.

    Peserta negara berjaya mendapat tempat dalam Kejohanan Grand Prix Sibujaya Extreme Motocross 2023 baru-baru ini. – Gambar serahan Mohamad Azmi Haji Jais
    Aksi peserta negara dalam kejohanan tersebut. – Gambar serahan Mohamad Azmi Haji Jais

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda