Catat terjunan bersejarah

LOS ANGELES, 2016 – Seorang penerjun udara yang melakukan lebih 18,000 terjunan telah mencipta sejarah apabila dia menjadi orang pertama melakukan terjunan tanpa payung terbang dan sebaliknya mendarat pula dalam jaring.

Selepas jatuh bebas selama dua minit, Luke Alkins mendarat tepat dalam jaring berukuran 100×100 kaki di ladang terbak Big Sky di pinggar Lembah Simi. Ketika tepuk sorak, Aikins segera memanjat keluar dan kemudian berjalan ke arah isterinya, Monica lalu memeluknya. Isterinya telah melihat dari darat bersama anak lelaki mereka berusia 4 tahun, Logan dan anggota keluarga lain.

“Saya hampir terapung-apung, sukar dipercayai,” kata penerjun udara yang sangat gembira, sambil mengangkat tangannya di atas kepalanya, ketika isterinya mendukung anak lelaki.

“Perkara ini baru berlaku! Saya tidak terkata,” tambahnya ketika dia berterima kasih kepada berbelas-belas anggota kru yang telah selama dua tahun membantunya membuat persediaan bagi penerjunan, termasuklah mereka yang memasang jaring seperti pukat tunda dan memastikan ia benar-benar berfungsi.

Lagak ngeri itu, yang disiarkan langsung di rangkaian Fox bagi rancangan istimewa TV Stride Gum Presents Heaven Sent hampir tidak berlaku seperti yang dirancang apabila Aikins mendedahkan sebelum menaiki pesawat kapal terbangnya bahawa Screen Actors Guild telah mengarahkannya memakai terjun payung untuk memastikan keselamatannya.

Aikins tidak mengatakan apa yang mengakibatkan pengetatan asal dan wakil bagi rancangan itu dan Screen Actors Guild tidak segera memberi respons kepada panggilan telefon dan mesej e-mel.