Tuesday, May 13, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Caterpillar catat untung berganda

    NEW YORK, 31 Julai – Pengeluar jentera berat terkemuka dunia, Caterpillar melaporkan keuntungan berlipat dua kali ganda bagi suku kedua ketika permintaan tinggi dalam industri dan berkata ia akan mengimbangi kos yang tinggi disebabkan tarif import bersama kenaikan harga.

    Syarikat gergasi industri itu, yang menjual mesin jentera kepada industri perlombongan, minyak dan gas serta pembinaan, berkata pendapatan bersih suku keduanya adalah sebanyak AS$1.7 bilion, meningkat dari AS$802 juta dalam tempoh yang sama tahun lalu.

    Hasil pendapatan meningkat sebanyak 23.7 peratus kepada AS$14.0 bilion.

    Penjualan turut meningkat dalam ketiga-tiga perniagaan Caterpillar ketika permintaan tinggi. Syarikat merujuk kepada satu pergerakan yang kukuh dalam kerja baharu, berkata ia menerima tempahan dan “pulih menuju 2019,” terutama sekali dalam bidang minyak dan gas serta perlombongan.

    Gambar fail bertarikh 23 April 2018 menunjukkan logo Caterpillar muncul pada paparan di Bursa Saham New York, Amerika Syarikat. – AP

    Syarikat yang menambahkan jumlah kakitangan tahun lalu, berkata ia menghadapi kekangan bekalan bagi beberapa bahagian peralatan dan komponen.

    Caterpillar berkata tarif import bahan keluli akan membawa kepada kos bahan yang tinggi iaitu AS$100 hingga AS$200 juta dalam tempoh separuh kedua tahun ini, namun ia merancang untuk mengimbangi masalah tersebut dengan kenaikan harga dan memotong belanjawan. Ia juga menambah pandangan keuntungan tahun penuh dari 75 sen kepada sekitar AS$10.50 hingga AS$11.50 sesaham, di mana harga saham meningkat 3.4 peratus dalam dagangan pasaran awal kepada AS$147.41. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda