Sunday, September 8, 2024
28.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cathay batalkan penerbangan antara Hong Kong dan Tel Aviv

    HONG KONG, 22 OKT – Syarikat penerbangan utama Hong Kong, Cathay Pacific berkata hari ini ia akan membatalkan semua penerbangan antara bandar itu dan Tel Aviv sehingga akhir tahun, berikutan konflik antara Israel dan Hamas.

    “Memandangkan situasi berterusan di Israel, semua penerbangan Cathay Pacific antara Hong Kong dan Tel Aviv mulai hari ini hingga 31 Disember 2023 akan dibatalkan,” kata syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan di laman webnya.

    Ia juga menggesa pelanggannya untuk terus menyemak maklumat penerbangan dan pengumuman untuk kemas kini mengenai penerbangan selepas 31 Disember.

    Sekurang-kurangnya 1,400 orang, kebanyakannya orang awam, telah terbunuh di Israel berikutan serangan pejuang Hamas pada 7 Oktober, menurut pegawai Israel.

    Israel telah bertindak balas dengan serangan berterusan ke atas Semenanjung Gaza yang telah membunuh lebih 4,300 rakyat Palestin, kebanyakannya juga orang awam, kata Kementerian Kesihatan yang dikendalikan oleh pejuang Hamas di kawasan itu.

    Puluhan ribu tentera Israel berkumpul di sekitar Gaza dan bersedia menghadapi serangan darat yang diramalkan secara meluas. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda