Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cathay gantung sementara perkhidmatan pesawat A350

    HONG KONG, 3 SEPT – Syarikat penerbangan Hong Kong, Cathay Pacific telah menggantung sementara armada pesawat A350nya untuk pemeriksaan selepas kerosakan komponen enjin ‘yang pertama seumpama itu’ memaksa penerbangan ke Zurich berpatah balik, kelmarin.

    “Cathay sedang menjalankan pemeriksaan menyeluruh ke atas 48 pesawat Airbus A350nya dan beberapa pesawat tidak akan beroperasi selama beberapa hari,” kata syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan, kelmarin.

    Syarikat penerbangan itu telah membatalkan 24 penerbangan pergi dan balik sehingga hari ini, tambahnya.

    Lapan daripada sembilan penerbangan Cathay dari Hong Kong hari in telah dibatalkan, menurut laman web syarikat penerbangan itu. Penerbangan ke Bangkok, Tokyo, Taipei dan Osaka turut dibatalkan.

    “Komponen ini adalah jenis pertama yang mengalami kerosakan sedemikian pada mana-mana pesawat A350 di seluruh dunia,” kata syarikat penerbangan itu.

    Pemeriksaan lanjut pada seluruh badan pesawat itu telah mendapati beberapa komponen enjin perlu diganti, menurut Cathay.

    Pengarah Kejuruteraan Cathay, Keith Brown berkata syarikat itu sedang berhubung dengan pihak berkuasa penerbangan Hong Kong serta pengeluar pesawat dan enjin “Setiap pesawat sedang menjalani pemeriksaan ketat.” – AFP

    Gambar fail bertarikh 7 Februari 2024 menunjukkan sebuah pesawat Airbus A350 Cathay Pacific dari Hong Kong bersedia untuk mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa JFK di New York. Syarikat penerbangan Hong Kong Cathay Pacific telah menggantung sementara perkhidmatan pesawat A350nya untuk pemeriksaan. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda