Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Catherine Connolly angkat sumpah sebagai presiden baharu Ireland

    LONDON, 12 NOV – Catherine Connolly mengangkat sumpah kelmarin sebagai Presiden Ireland yang ke-10, selepas mencapai kemenangan besar pada akhir Oktober, lapor agensi Anadolu.

    hli politik berusia 68 tahun itu menggantikan Michael D. Higgins, yang penggal perkhidmatannya selama 14 tahun berakhir pada tengah malam.

    Connolly, yang menewaskan calon Fine Gael, Heather Humphreys diraikan secara formal dalam satu majlis di Istana Dublin kelmarin yang dihadiri oleh ahli politik, hakim dan tetamu jemputan lain.

    Dia turut menyeru agar masyarakat merenung konflik global dengan menekankan dasar berkecuali dan usaha keamanan Ireland yang lama wujud. – Bernama

    Catherine Connolly (kiri), berucap di sisi Ketua Hakim, Donal O’Donnell (kanan), semasa majlis angkat sumpahnya di Kastil Dublin, Dublin pada 11 November. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda