Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Catherine Connolly dilantik jadi presiden baharu Ireland

    LONDON, 12 NOV – Catherine Connolly mengangkat sumpah kelmarin sebagai presiden Ireland yang ke-10, selepas mencapai kemenangan besar pada akhir Oktober, lapor Anadolu Ajansi.

    Ahli politik berusia 68 tahun itu menggantikan Michael D Higgins, yang penggal perkhidmatannya selama 14 tahun telah berakhir.

    Connolly, yang menewaskan calon Fine Gael, Heather Humphreys diraikan secara formal dalam satu majlis di Istana Dublin pada Selasa yang dihadiri oleh ahli politik, hakim dan tetamu jemputan lain. Beliau turut menyeru agar masyarakat merenung konflik global dengan menekankan dasar berkecuali dan usaha keamanan Ireland yang lama wujud.

    “Kita mempunyai sejarah berkecuali dan pengaman,” katanya, sambil berkata Ireland berada di kedudukan yang baik untuk mempromosi alternatif kepada peperangan. – Bernama/Anadolu

    Catherine Connolly, menyampaikan ucapan pada majlis perasmian Presiden baharu Ireland di Istana Dublin kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda