Saturday, December 7, 2024
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Catherine hadiri majlis diraja pertama sejak akhiri kemoterapi

    LONDON, 10 NOV – Catherine, Puteri Wales dari Britain, mengambil langkah penting dalam pemulihannya daripada kanser kelmarin ketika beliau menghadiri majlis diraja pertamanya sejak menamatkan kemoterapi.

    Kate, seperti yang dikenali ramai, tersenyum ceria di samping suaminya, Putera William, pada konsert peringatan Festival of Remembrance di Royal Albert Hall di London.

    Acara muzikal itu merupakan salah satu tarikh paling penting dalam kalendar diraja, selain upacara hari ini di tugu peringatan perang Cenotaph, di mana kedua-duanya adalah untuk menghormati mangsa perang Britain.

    Catherine dan Putera William telah disertai oleh Raja Britain iaitu Raja Charles III, yang masih menjalani rawatan untuk diagnosis kansernya.

    Istana Buckingham Februari lalu mengumumkan Raja Charles, 75, telah disahkan menghidap kanser.

    Pada bulan berikutnya Kate, 42, mendedahkan beliau juga telah didiagnosis kanser dan sedang menjalani kemoterapi.

    Catherine berkata September lalu beliau telah menamatkan kemoterapinya dan tidak sabar untuk bertugas serta melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan masyarakat awam.

    Bulan lepas, beliau dan pewaris takhta, Putera William melawat Southport di barat laut England untuk bertemu mangsa akibat serangan pisau Julai lalu yang mengorbankan tiga gadis muda. – AFP

    Catherine, Putera William, Raja Charles dan Puteri Anne semasa menghadiri Royal British Legion Festival of Remembrance di Royal Albert Hall di London pada 9 November. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda