Tuesday, July 2, 2024
24 C
Brunei

    -

    CATL bina kilang bateri pertama di Beijing

    BEIJING, 19 JUN – Syarikat pengeluar bateri litium-ion automotif terbesar di China, Contemporary Amperex Technology Co, Ltd (CATL), memulakan kerja-kerja pembinaan kilang bateri pertamanya di utara China, kelmarin.

    Kilang yang meliputi kawasan seluas kira-kira 260,000 meter persegi itu terletak di Kawasan Pembangunan Ekonomi-Teknologi Beijing, yang akan dibina dalam dua fasa dan dijadualkan mula beroperasi pada tahun 2026.

    Melalui kerjasama dengan rakan kongsi seperti Xiaomi dan Beijing Automotive Group Co, Ltd, kilang itu dijangka akan menghasilkan bateri kenderaan elektrik (EV), di mana CATL bertindak selaku pemegang saham utama kilang tersebut.

    Menurut SNE Research, penggunaan bateri EV CATL telah menduduki tempat pertama di dunia selama tujuh tahun berturut-turut, dengan mengawal 36.8 peratus daripada bahagian pasaran bateri EV global pada tahun 2023.

    CATL juga telah mendahului pasaran penghantaran bateri penyimpanan tenaga global selama tiga tahun berturut-turut, dengan bahagian pasaran global sebanyak 40 peratus pada tahun 2023.

    CATL yang berpangkalan di Ningde, Wilayah Fujian di timur China, telah menandatangani kontrak bekalan dengan pelbagai pengeluar kereta global, termasuk BMW, Volkswagen, Daimler dan Honda. – Xinhua

    Gambar Xinhua
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Banjir, tanah runtuh di India ragut 16 nyawa

    GUWAHATI, 2 JULAI – Banjir dan tanah runtuh yang dicetuskan oleh hujan lebat telah meragut sekurang-kurangnya 16 nyawa dalam tempoh dua minggu lalu di...