Saturday, December 14, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cav kuasai permainan, takluki Thunder

    LOS ANGELES, 14 Feb – LeBron James menjaringkan 17 dari 37 mata pada suku ketiga ketika Pasukan Cleveland Cavaliers yang berwajah baru menewaskan Pasukan Oklahoma City Thunder 120-122 semalam.

    Cavaliers menguasai suku ketiga dan kemudian suku keempat untuk melakarkan kemenangan kedua berturut-turut mereka sejak mendapatkan George Hill, Rodney Hood, Jordan Clarskon dan Larry Nance.

    “Kami muncul dengan perancangan perlawanan yang hebat dan kami berjaya melaksanakannya,’ kata James.

    Mereka mendahului 4-0 dalam empat perlawanan lalu mereka dan permainan semalam merupakan satu peningkatan yang besar dari perlawanan terakhir mereka menentang Thunder.

    LeBron James berusaha memintas pemain Pasukan Oklahoma City Thunder, Paul George pada pusingan pertama bola keranjang NBA di Bandar Oklahoma. – AP

    J.R. Smith menambah 18 mata dan menghasilkan enam three pointer bagi Pasukan Cavaliers, yang tewas kepada Pasukan Thunder 148-124 pada 20 Januari lalu dengan pasukan yang berbeza.

    Cavaliers juga menjaringkan sekurang-kurangnya 120 mata dalam empat perlawanan berturut-turut buat kali pertama dalam sejarah francais itu.

    James berkata pemain-pemain baru mula menyesuaikan diri dan dia berharap pasukan tidak kehilangan momentum kerana rehat ‘all-star’. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda