Saturday, May 10, 2025
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cavaliers beraksi tanpa Love

    CLEVELAND, 30 DIS – Penyerang Cavaliers Kevin Love mungkin tidak beraksi lebih sebulan dengan kecederaan buku lali kanan semakin teruk pada malam Ahad dalam perlawanan menentang Philadelphia.

    Pasukan berkata semalam imbasan MRI mengesahkan buku lali tergeliat dan Love akan memulakan rawatan dan pemulihan dan tidak akan dinilai semula selama tiga hingga empat minggu lagi.

    Kecederaan yang dialami oleh pemain berusia 32 tahun itu memberikan tamparan hebat kepada Cavaliers, yang mencatat permulaan pertama 3-0 sejak 2016. Mereka menjadi tuan rumah kepada New York Knicks pada malam Selasa.

    Love pada mulanya cedera dalam perlawanan pertama Cleveland pada 12 Disember dan tidak beraksi dalam perlawanan pembuka menentang Charlotte pada minggu lalu untuk memberikannya lebih banyak masa berehat. Pemain All-Star lima kali itu mencatat kemunculannya pada musim ini dan bermain selama 38 minit dalam kemenangan masa tambahan Cavaliers di Detroit pada Sabtu.

    Dia menjaringkan empat mata dalam sembilan minit menentang 76ers sebelum meninggalkan perlawanan dalam suku kedua.

    Sebelum perlawanan menentang Pistons, Love berkata dia ditendang di bahagian kaki pada awal bulan ini dalam perlawanan awal musim menentang Indiana dan kecederaan itu telah menyebabkan seluruh buku lalinya bengkak sehingga tendon Achilles. – AP

    Pemain Cleveland Cavaliers Kevin Love (kanan) ketika membuat lontaran sambil dihalang oleh Ben Simmons dari Philadelphia 76ers dalam separuh masa pertama perlawanan bola keranjang NBA pada 27 Disember di Cleveland. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda