Saturday, May 10, 2025
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cavani sah sertai Valencia

    MADRID, 30 OGOS – Bekas penyerang Manchester United, Edinson Cavani telah menandatangani perjanjian dua musim untuk bermain bersama pasukan Valencia, kata kelab Sepanyol itu kelmarin.

    Pemain Uruguay berusia 35 tahun itu adalah pemain bebas selepas meninggalkan Manchester United, dia pernah menyertai pasukan Paris Saint-Germain di mana dia menjaringkan 200 gol.

    “Valencia CF telah mencapai persetujuan untuk menandatangani Edinson Cavani untuk dua musim akan datang sehingga 13 Jun 2024,” kata kelab yang mengumumkan berita itu.

    Cavani juga telah menjaringkan 58 gol dalam 133 penampilan untuk Uruguay, dan menyatakan hasratnya untuk bermain di Piala Dunia 2022 di Qatar. Valencia dibimbing oleh pengurus Itali, Gennaro Gattuso, yang pernah memenangi Piala Itali bersama Napoli pada 2020.

    Valencia menamatkan saingan di tempat kesembilan dalam La Liga musim lalu dan tewas dalam perlawanan akhir Copa del Rey kepada Real Betis menerusi penentuan penalti. – AFP

    Edinson Cavani melakukan sepakan semasa perlawanan bola sepak persahabatan menentang Panama di Stadium Centenario di Montevideo, Uruguay, 11 Jun lalu. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda